SURAT TERBUKA UNTUK PRESIDEN, CEO RANHILL TAN SRI HAMDAN MOHAMAD

224
SHARES
722
VIEWS

Assallamualaikum Tan Sri,

ISU BEKALAN AIR DI RENGIT, BATU PAHAT

Saya baca dalam Facebook Dr Asyraf Wajidi Dasuki Pengerusi MARA mengenai pihak Ranhill akan merawat air laut masin untuk selesaikan masalah air di MRSM Langkawi. Baguslah, saya sokong projek CSR Ranhill.

Di Rengit, penempatan orang asli Kg Bumiputra Dalam sering dilanda masalah bekalan air. Kampung ini juga dekat dengan laut. Apa salahnya kampung itu juga dapat faedah CSR tersebut.

Tetapi sebagai wakil rakyat Rengit saya mahukan penyelesaian isu bekalan air secara menyeluruh untuk kawasan DUN Rengit. Bukan setakat Kg Bumiputra Dalam sahaja. Mesti ada penyelesaian jangka pendek dan panjang. Jangan setiap kali musim perayaan masalah tekanan air rendah, air kecil, air tidak ada dan air kuning sentiasa berulang.

Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Sudah pasti ramai yang akan pulang ke kampung. Diharap SAJ (anak syarikat Ranhill) dapat membuat persiapan plan B lebih rapi.

Tan Sri orang Batu Pahat dan mohon dapat balik kampung menjenguk kampung sendiri. Mohon beritahu kakitangan SAJ atau Ranhill agar menjawab panggilan telefon. Kongsi maklumat dan beritahu wakil rakyat serta Ketua Kampung mengenai sebarang tindakan susulan. Jangan senyap begitu sahaja.

Justeru percepatkan pembinaan tangki air baharu yang mampu menyediakan bekalan air sebanyak empat juta liter sehari. Sediakan plan B yang efektif setiap kali tiba musim perayaan. Minta kakitangan SAJ atau Ranhill agar sentiasa berkomunikasi dengan wakil rakyat untuk menerima aduan dan berkongsi maklumat.

Sekian terima kasih di atas perhatian Tan Sri itu nanti.

Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi

ADUN Rengit

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts