KES SOGOK SPRM: BILA AHLI KELUARGA MAHIADDIN MAHU DIDAKWA?

136
SHARES
440
VIEWS

Pertuduhan di mahkamah sebelum ini mendedahkan bahawa bukan hanya Tan Sri Mahiaddin Yassin terlibat rasuah dan salah guna kuasa malah ahli keluarganya turut terlibat menyogok beberapa individu agar siasatan melibatkan ahli keluarganya dihentikan. 

Selain menyogok Datuk Roy, seorang pegawai SPRM turut ditahan melibatkan kes yang sama di mana mereka dilaporkan menjadi orang tengah bagi membantu keluarga Mahiaddin mengelakkan pertuduhan, menghentikan siasatan atau menukar pertuduhan kepada lebih ringan. 

Dalam kes ini, bukan sahaja anak Mahiaddin iaitu Fakhri Yassin malah menantu dan ahli keluarga lain turut terlibat dalam siasatan berkaitan dana Jana Wibawa. Yang terkini mereka terlibat pula skandal pembayaran bagi menyelamatkan diri ditahan reman atau dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Rujuk berita yang dilaporkan Malaysiakini bertajuk, “Siapa watak di sebalik kes rasuah Datuk Roy” di pautan; https://m.malaysiakini.com/news/666525

Apa yang mengejutkan, sehingga ke hari ini tiada langsung pertuduhan atau dakwaan dibuat ke atas nama-nama yang disebut di mahkamah tersebut. Jika wujud pembayaran maka tentu ia digunakan untuk tujuan salah iaitu bagi mengelakkan pertuduhan, ditahan ataupun disiasat oleh pihak berkuasa.

Secara tidak langsung, ia juga membuktikan si pembayar ada membuat kesalahan dan mahu ia dielakkan, justeru bukankah lebih mudah jika mereka yang terlibat ini dibicarakan di mahkamah?

Malah bukankah inilah asas kepada Datuk Roy dan pegawai SPRM itu ditahan? Jika ada pihak mahu menafikan, tentu mereka berdua ini langsung tidak akan ditahan kerana tidak pernah menerima bayaran beratus ribu daripada ahli keluarga Mahiaddin. 

Selain itu, agak menghairankan kerana sehingga kini tiada seorangpun pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional membuat sebarang kenyataan berkaitan penglibatan ahli keluarga Mahiaddin. Mereka seolah-olah menikus dan takut mahu menyentuh isu tersebut hatta untuk membela Mahiaddin dan keluarganya.

Justeru, pemimpin masyarakat, parti politik serta NGO wajar mendesak pihak berkuasa dan kerajaan agar menyiasat dan mendakwa ahli keluarga Mahiaddin yang terlibat. Melainkan kerajaan menakrifkan kesalahan menyogok pihak berkuasa ini bukanlah satu jenayah yang berat dan hanya membuang masa jika disiasat. 

Apapun, jangan hanya yang menerima sogokan ditahan tetapi yang menyogok pula dilepaskan. Jika benar mahu banteras rasuah, banteraslah bersungguh-sungguh. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts