Pada 4 Januari 2019, saya dan teman-teman Pemantau Malaysia Baru telah membuat laporan polis beramai-ramai ke atas Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tommy Thomas berhubung maklumat dalaman yang kami terima bahawa beberapa orang Menteri Kabinet telah meminta supaya laporan perubatan arwah Adib diubah dari mati akibat dipukul kepada mati akibat kemalangan.
Hampir 5 bulan telah berlalu, setelah saya dilokap, berhadapan dengan saman Waytha Moorthy dan Pemantau Malaysia Baru diharamkan, masih tiada sebarang tindakan diambil ke atas PELINDUNG PEMBUNUH ADIB dan PEMBUNUH ADIB.
Kini semakin jelas dan nyata, apa yang telah saya dedahkan hampir 5 bulan dahulu ternyata benar. Belumpun selesai inkues, Jabatan Peguam Negara yang dipimpin oleh bekas peguam Ketua Komunis Malaya, sudah ghairah memfailkan afidavit yang menyatakan bahawa Adib tidak dipukul.
Malah, konspirasi melindung PEMBUNUH ADIB ini semakin terang apabila Tommy Thomas yang sebelum ini berlakon seolah-olah terkejut apabila mendengar Peguam KPKT, Syazlin Mansor (yang juga merupakan isteri Setiausaha Akhbar Menteri KPKT), menarik diri dari menjadi peguam KPKT dan keluarga Adib, kini, akhirnya Tommy mengaku bahawa beliau mengarahkan Syazlin menarik diri.
Ini kerana tindakan Syazlin membela penjawat awam yang dibunuh oleh 4 INDIVIDU ISTIMEWA itu, bercanggah dengan pendirian DPP dan memungkinkan usaha menukar punca kematian Arwah Adib gagal dilakukan.
Apa yang menyedihkan saya, ke mana perginya pemimpin-pemimpin politik yang mempertahankan Kugan dan Teoh Beng Hock?
Teoh Beng Hock yang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah telah dibela oleh politikus DAP seperti Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng. Teoh Beng Hock yang disoal siasat di bawah Akta Pencegahan Rasuah diangkat sebagai HERO walaupun punca kematiannya masih tidak diketahui sehingga kini.
Malah setelah setahun memerintah, tiada pula RCI ditubuhkan untuk menyiasat punca kematian Beng Hock oleh pemimpin Pakatan Harapan yang berhempas mempolitikkan kematian Beng Hock.
Adakah kerana Shukri Abdull telah membantu proses penguguran KES RASUAH LIM GUAN ENG?
Kugan Anathan pula ditangkap tahun 2009 kerana disyaki terlibat dengan aktiviti samun kereta mewah. Selepas dia ditangkap dan disoal siasat, polis berjaya menemui semula 15 kereta mewah yang dilaporkan disamun dan dilarikan sebelum itu.
Kugan mati dalam lokap dan hasil bedah siasat mengatakan mendiang mati akibat paru-paru berair. Tapi keluarga Kugan tidak berpuas hati kerana ada kesan lebam di beberapa bahagian badan Kugan, sama seperti kesan di badan arwah Adib.
Gobin Singh DAP dan N Surendran PKR membela Kugan dan tuduh Kugan mati akibat didera oleh polis semasa dalam tahanan. Penjelasan PDRM yang mengatakan kesan lebam adalah akibat pergelutan yang berlaku semasa usaha menangkap Kugan, ditolak bulat-bulat.
HINDRAF dan parti pembangkang ketika itu telah mempolitikkan isu kematian Kugan dan menghentam PDRM serta Peguam Negara habis-habisan.
PDRM di bawah Menteri Dalam Negeri UMNO telah mengambil keterangan dari 11 anggota PDRM dan anggota yang mencederakan Kugan telah dihadapkan ke muka pengadilan dan telah dipenjarakan.
Pada Jun 2013 pula, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan ganti rugi sebanyak RM851,700 dibayar kepada ibu Kugan. Daripada seorang yang disyaki penyamun kereta mewah, Kugan diangkat menjadi HERO. Mayatnya diarak bagai pahlawan, sama seperti Teoh Beng Hock.
Malangnya, apabila Guan Eng, Gobind dan pemimpin DAP lain sudah menjadi Menteri dan menguasai kerajaan, disebabkan kerajaan yang dibentuk dikuasai oleh bukan Melayu, pembelaan terhadap seorang penjawat awam Melayu bernama Adib ini terus terabai walaupun pihak polis dan Jabatan Peguam Negara sudahpun mendakwa 4 INDIVIDU ISTIMEWA YANG MEMBUNUH ADIB di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan (Cubaan Membunuh) sebelum ini.
Allahyarham Adib tidak terlibat dengan rasuah, tidak terlibat dengan aktiviti samun dan bukan juga anggota kongsi gelap!
Adakah kerana dia dilahirkan Melayu maka Arwah tidak layak mendapat pembelaan Kerajaan Malaysia Baru ini?
Adakah keluarga Adib perlu memohon di JPN agar nama arwah Adib ditukar kepada Teoh Beng Hock atau Kugan baru nasib arwah akan dibela?
Terpulanglah kalau kamu mahu menuduh saya rasis, tapi hakikat dan realitinya, sejak DAP menguasai tampok pemerintahan negara ini, nasib orang Melayu parah kerana KERAJAAN PAKATAN HARAPAN adalah kerajaan yang hanya membela nasib penyokong DAP.
Jika nasib penjawat awam yang mengadai nyawanya untuk menyelamatkan nyawa orang lain inipun tidak mampu dibela, apa akan jadi dengan nasib orang Melayu lain di bawah Regim DAP yang menguasai Perdana Menteri boneka ini?
APA LAGI YANG DINANTIKAN OLEH ORANG MELAYU DALAM PAKATAN HARAPAN INI? Sampai bila kamu mahu berpeluk tubuh melihat “Rule of Law” bertukar menjadi “Law Of The Jungle”?
Dato’ Lokman Adam
Pengerusi
Sekretariat Suara Rakyat
https://www.facebook.com/SinarHarian/videos/363739994422462/
Berikut adalah laporan polis yang telah dibuat oleh Lokman Adam pada 4 Januari lepas.
LAPORAN POLIS TERHADAP PM, MENTERI DALAM NEGERI DAN PEGUAM NEGARA KERANA DISYAKI MELINDUNGI PEMBUNUH ADIB
4 Januari 2019
Saya ingin membuat laporan polis hari ini terhadap Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri, Peguam
Negara, Tommy Thomas serta Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri berhubung penglibatan mereka yang disyaki terlibat dalam melindungi pembunuh Muhammad Adib.Pertama, pihak polis telahpun melaporkan bahawa keterangan saksi menunjukkan Adib telah dipukul. Ini membawa kepada penahanan 4 individu yang seterusnya telah didakwa dibawah seksyen 307 Kanun Kesiksaan diatas kesalahan cubaan membunuh Muhammad Adib, seorang anggota bomba yang ketika itu dalam keadaan kritikal di ICU IJN.
Kedua, apabila Muhammad Adib meninggal dunia pihak polis telah memohon kelulusan Peguam Negara untuk menukar pertuduhan daripada seksyen 307 Cubaan Membunuh ke 302 Membunuh. Dalam satu mesyuarat kabinet, Tun Dr Mahathir telah diminta oleh 1, 2 Menteri Pakatan Harapan untuk meminda laporan bedah siasat Muhammad Adib dengan meminda punca kematian dalam laporan bedah siasat tersebut daripada mati kerana dipukul kepada mati akibat kemalangan dilanggar kenderaan. Desakan ini dibuat kononnya untuk mengelak daripada wujudnya rusuhan kaum sekiranya laporan bedah siasat sebenar diumum kepada rakyat.
Laporan ini dibuat terhadap 3 individu diatas susulan pengumuman yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan bahawa laporan bedah siasat Adib tidak akan didedahkan kepada umum kecuali didalam mahkamah walaupun sudah wujud 4 tertuduh yang sudah didakwa dibawah seksyen 307 Cubaan Membunuh. Maka tidak ada sebab mengapa permohonan pihak polis untuk meminda pertuduhan daripada 307 ke 302 tidak diluluskan oleh pihak Peguam Negara.
Ketiga, Peguam Negara telah mengarahkan satu inkues dilakukan untuk mencari punca kematian Adib. Kami percaya semua ini berlaku didalam pengetahuan Tun Dr Mahathir (Perdana Menteri Malaysia), Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri) dan Tommy Thomas (Peguam Negara). Kami percaya ketiga-tiga individu ini disyaki cuba melengahkan pendedahan laporan bedah siasat Adib bagi memyelamatkan mereka yang sebelum ini telah dituduh dibawah seksyen 307. Sehingga kini inkues tersebut belum dimulakan dan kempat-empat tertuduh mungkin telah melarikan diri ke negara-negara yang mengharamkan hukuman mati.
Kami mohon pihak polis menyiasat ketiga-tiga individu terutamanya Perdana Menteri Malaysia yang telah menyatakan rasa puas hati beliau terhadap prestasi kerja Waytha Moorthy , walaupun Waytha berhadapan dengan banyak laporan polis kerana kenyataan-kenyataan beliau yang menyebabkan rusuhan pada hari kedua di Kuil Sri Maha Mariamman USJ, Subang Jaya menjadi lebih besar dan tegang dari hari pertama.
Sekian laporan saya.