KEJUMUDAN AKAL PARA MENTERI PH MENASIHATI TUN DALAM MEMAHAMI KEMPEN BELI PRODUK MUSLIM UMMAH

408
SHARES
1k
VIEWS

Haji Rashidi bin Haris

Naib Pengerusi UMMAH

1. Kempen Beli Produk Muslim yang dilancarkan oleh Haji Aminuddin bin Yahaya, Pengerusi UMMAH (Gerakan Pembela Ummah) dengan Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal), 23 Julai baru-baru ini bukan bertujuan memboikot produk Non-Muslim. Rujuk: https://m.utusan.com.my/berita/nasional/kempen-beli-produk-muslim-tiada-niat-boikot-produk-bukan-muslim-1.942737

2. Sebelum ini UMMAH juga telah melancarkan kempen yang sama, dengan kerjasama bersama Datuk Nadzim Johan, Pengerusi PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) pada 2 April 2019 yang lalu, ia juga mengenai kempen bertujuan mahu menggalakkan orang Melayu Islam tanpa terkecuali mengajak yang bukan Islam juga untuk bersama-sama membantu membeli produk keluaran orang Melayu Islam. Rujuk: https://www.ppim.org.my/kempen-beli-produk-muslim-menara-kl-2419/

3. Semasa program pelancaran, UMMAH bukan hanya menjemput ahli perniagaan dan NGO-NGOi tetapi juga pihak agamawan kerajaan yang menyempurnakan perlancaran kempen oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Tuan Hashim bin Salleh, sebagai saksi menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman bersama dengan beberapa pengusaha produk Muslim yang hadir.

4. Menurut Tuan Timbalan Mufti, usaha ini mesti disokong dan didokong sepenuhnya seluruh rakyat Malaysia terutamanya umat Islam yang kini ternyata amat jauh ketinggalan dalam dunia perniagaan berbanding dengan bangsa lain.

Beliau berkata; kempen Beli Produk Muslim merupakan satu inisiatif untuk membantu ekonomi umat Islam khususnya orang Melayu luar bandar, dan dalam masa yang sama memastikan produk yang dibeli terjamin kebersihan dan status halalnya.

5. Di sini terbukti tidak timbul langsung soal “boikot” produk bukan Islam. Dan amat jelas sekali desas-desus yang mengatakan UMMAH sebagai pencetus kempen memboikot produk bukan Islam adalah propaganda yang disengajakan oleh pihak tertentu.

Berkemungkinan provokasi ini datang dari mereka yang dengki dengan prestasi Tun Dr. Mahathir yang sehingga ke hari ini tidak sedikitpun tergugat dengan tohmahan mengatakan Tun telah nyanyuk atau lemah.

Atau boleh jadi juga ada niat jahat dari kumpulan tertentu yang mahu menjatuhkan imej Tun Dr. Mahathir dipandang buruk sebagai PM yang tidak peduli untuk membela nasib orang Melayu Islam?

6. “Boikot” bukan agenda UMMAH, justeru provokasi yang dicetuskan lebih menyerlahkan betapa jumudnya menteri PH yang menasihati Tun, dikhabarkan ada antaranya menyndir sinis kononnya kempen yang bertujuan hendak membantu orang Melayu dikatakannya pula hanyalah kerja yang sia-sia. Di mana letaknya rasional akal beliau?

7. UMMAH melancarkan Kempen Beli Produk Muslim adalah sebagai menyahut cabaran Tun yang kata orang Melayu ini malas.

Adakah dengan menggalakkan orang Melayu supaya cergas berniaga dan menjual produk-produk halal dan mengajak orang ramai, Islam dan bukan Islam bersama menjayakan kempen membeli produk Muslim yang HALAL dianggap cetek fikiran?

8. Justeru, UMMAH menafikan dengan sekeras-kerasnya provokasi keji, yang sengaja mengaitkan usaha UMMAH dalam kempen ikhlas mahu membantu orang Melayu sebagai isu perkauman, seolah-olah kumpulan kecil itu, sengaja mahu melaga-lagakan dan mewujudkan ketegangan kaum antara orang Melayu dengan bukan Melayu.

9. Mungkin juga provokasi tersebut ada kaitan dengan agenda yang secara halus mahu menjatuhkan Tun agar segera melepaskan jawatan PM.

UMMAH sedar akan perkara ini dan memerhatikannya dari jauh, serta cuba sedaya yang boleh menghindari daripada terheret dalam konflik politik yang tidak sihat, dan tidak mahu menyebelahi atau berpihak kepada mana-mana parti politik.

10. UMMAH akan terus kekal sebagai gabungan NGO-NGOi yang memperjuangan kesucian agama Islam, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu, dan sentiasa menasihati ahli supaya berhati-hati dengan kumpulan kecil yang punya agenda keji mahu menjatuhkan Tun Dr. Mahathir Mohamed daripada kekal sebagai PM negara Malaysia.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts