• Mengenai ED
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Hantar Artikel
Tuesday, September 26, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
Editor Malaysia
No Result
View All Result

AN EYE FOR AN EYE – DR. RAMALAN YUNUS

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
August 27, 2023
in Politik, Utama
0
AN EYE FOR AN EYE – DR. RAMALAN YUNUS
38
SHARES
417
VIEWS

Dalam satu kenyataan terbaru YBM Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa bahawa Tun Mahathir adalah punca utama kejatuhan UMNO. Saya bersetuju dengan kenyataan beliau itu kerana saya sendiri memang sudah lama berpendapat bahawa Tun Mahathir adalah punca kejatuhan parti tersebut.

Beliau adalah punca sebenar yang telah melemahkan UMNO sejak dari mula beliau menjadi Presiden UMNO lagi. Kalau tidak mana mungkin berlaku pertembungan antara Team A dan Team B pada tahun 1987?

Malah lebih jauh dari itu saya juga berpendapat bahawa dasar-dasar Tun Mahathir yang telah memiskinkan orang Melayu di negara mereka sendiri. Dasar-dasar seperti dasar perindustrian, dasar automotif dan dasar penswastaan tidak menguntungkan orang Melayu.

Dasar penerapan nilai-nilai Islam hanya bersifat kosmetik dan retorik sahaja dan tidak lebih sebagai alat propaganda di peringkat antarabangsa. Lalu sekarang beliau mahu berjuang untuk membela nasib orang Melayu yang kononnya sedang terancam di negara sendiri.

Atas dasar itu saya sifatkan gerakan Proklamasi Melayu yang dipromosikan oleh Tun Mahathir sebagai gerakan yang cacat logik dan definasinya. Dakwaan beliau kononnya UMNO ini sudah dikuasai oleh golongan kleptokrat adalah seperti menepuk air di dalam dulang.

Bagi saya, sudah sampai masanya untuk UMNO sebagai parti politik terbesar orang Melayu “to come into terms with Tun Dr Mahathir Mohamad“. Sudah sampai masanya untuk UMNO membuat perhitungan terakhir dengannya.

UMNO perlu sedar bahawa musuh UMNO selama ini yang sebenar ialah Tun Mahathir. Bukan Perikatan Nasional atau parti-parti politik yang lain. PN dan lain-lain parti politik itu adalah parti-parti serpihan UMNO yang hanya dijadikan alat untuk menyerang dan membunuh UMNO demi agenda peribadinya sahaja.

Oleh itu UMNO harus harus berhadapan dengan musuh sebenar dan fokus kepada Tun Mahathir Mohamed. UMNO perlu faham dan sedar kenapa Tun Mahathir bersungguh-sungguh mahu membubarkan UMNO. Apa sebenarnya yang ingin disembunyikan oleh Tun Mahathir dari pengetahuan umum?

Oleh itu saya mencadangkan agar UMNO memulakan langkah menyerang Tun Mahathir dengan menyoal beliau mengenai kehilangan aset-aset UMNO sejak sekian lama yang melebihi RM100 billion. Siapa lagi yang lebih tahu mengenai aset-aset tersebut kalau bukan Tun Mahathir?

Ahli-ahli UMNO, orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia perlu tahu di mana aset-aset UMNO itu telah di sembunyikan. Proksi-proksi UMNO dalam bidang perniagaan perlu didedahkan untuk pengetahuan umum.

Aset-aset itu perlu dikembalikan kepada UMNO. Ini kerana ia milik ahli-ahli UMNO dan orang Melayu. UMNO juga harus menyoal Tun Mahathir, kenapa sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat beliau tidak menterjemahkan nilai-nilai perjuangan UMNO untuk menjadi dasar-dasar kerajaan?

Dalam tempoh 22 tahun Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia, bukan UMNO yang menguasai kerajaan tetapi kerajaan yang menguasai UMNO. Beliau bungkam suara-suara di dalam dan juga di luar UMNO dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA.

Bandingkan antara Tun Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan Dato’ Seri Najib Tun Razak, siapa Presiden UMNO yang menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling banyak menyumbat musuh politiknya ke dalam penjara?

Bukankah kerana sikapnya yang mentadbir Malaysia seperti seorang diktator itu yang paling dibenci oleh pihak pembangkang? Anehnya pasca PRU-14 beliau diraikan oleh oleh golongan yang sama sebagai seorang pahlawan.  

Soalan saya sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, siapa yang beliau wakili sebenarnya? UMNO atau pihak lain?

Bila bermulanya era politik wang di dalam UMNO? Bila bermulanya era orang-orang korporat menjadi para pemimpin di semua peringkat di dalam UMNO?

Bukankah hari ini UMNO lemah kerana UMNO sudah tidak mempunyai duit? Bukankah hari ini UMNO lemah kerana jenteranya lesu sebab sumber kewanganya berkurangan?

Ya ahli-ahli UMNO sudah terbiasa dimanjakan dan dimandikan dengan duit selama ini. Atas dasar itu saya sifatkan ahli-ahli UMNO yang hampir 4 juta itu seperti buih-buih di lautan sahaja. Tidak ada kualiti sebagai seorang pejuang.

Wahai UMNO, “Know yourself and know your enemy. The outcome of every battle is predictable.“

Dato’ Dr Ramalan Yunus

Penganalisis politik & ekonomi bebas

Tags: Dr. Ramalan YunusKleptokratKronismeKu LiTun Mahathir
Previous Post

ANWAR PERLU DIBERI LEBIH MASA – SULTAN JOHOR

Next Post

BERSATU SUDAH MULAI BERTELAGAH – DR. RAMALAN YUNUS

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

ISU BEKALAN BERAS: ADAKAH KAKITANGAN AWAM DIKUASAI KARTEL? – DR. RAMALAN YUNUS

ISU BEKALAN BERAS: ADAKAH KAKITANGAN AWAM DIKUASAI KARTEL? – DR. RAMALAN YUNUS

September 21, 2023
KONFLIK REMPANG – IBARAT KERA DI HUTAN DISUSUKAN – DR. RAMALAN YUNUS 

KONFLIK REMPANG – IBARAT KERA DI HUTAN DISUSUKAN – DR. RAMALAN YUNUS 

September 19, 2023
BELAJAR DARI DASAR EKONOMI HITLER – DR. RAMALAN YUNUS

BELAJAR DARI DASAR EKONOMI HITLER – DR. RAMALAN YUNUS

September 15, 2023
DEAL ATAU DUEL? – DR. RAMALAN YUNUS

DEAL ATAU DUEL? – DR. RAMALAN YUNUS

September 10, 2023
FENOMENA LUAR BIASA DARI PULAU BORNEO – DR. RAMALAN YUNUS

FENOMENA LUAR BIASA DARI PULAU BORNEO – DR. RAMALAN YUNUS

September 8, 2023
ISU MALAYSIAN MALAYSIA – DR. RAMALAN YUNUS

ISU MALAYSIAN MALAYSIA – DR. RAMALAN YUNUS

September 6, 2023

Mengenai ED

Hubungi Kami

Pengiklanan

Penafian

Hantar Artikel

Copyright © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In