RASUAH, PEMBAZIRAN BERI KESAN BESAR AGIHAN KEPADA GOLONGAN MEMERLUKAN

369
SHARES
2.2k
VIEWS

Amalan rasuah, penyelewengan dan pembaziran perlu dihentikan kerana ia memberi kesan pengagihan kepada golongan memerlukan, tegas Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, perkara ini terjadi kerana kelemahan tatakelola dan penyelewengan diterima sebagai satu sistem. Ia tidak hanya dilakukan secara individu, tetapi melibatkan seluruh sistem dan didiamkan oleh golongan yang sukar menerimanya.

Berucap merasmikan Kolokium MADANI Perkhidmatan Awam, semalam, YAB Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Jemaah Menteri, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan pimpinan penjawat awam kerana mempamerkan prestasi membanggakan dalam tempoh hampir setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Tambah beliau, berdasarkan keupayaan dan potensi dipamerkan semua pihak, YAB Perdana Menteri yakin Malaysia mampu kembali menjadi sebuah negara yang hebat di persada dunia dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts