MALAYSIA-CHINA BINCANG ISU TERKAIT KESELAMATAN NEGARA

102
SHARES
328
VIEWS

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengiringi YAB Perdana Menteri menerima kunjungan hormat daripada TYT Wang Xiaohong, Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam China. Pertemuan ini turut disertai oleh TYT Ouyang Yujing, Duta Besar China Ke Malaysia di Putrajaya sebenar tadi.

Sewaktu pertemuan ini, beberapa hal yang melingkari kepentingan kedua-dua negara khususnya terkait urusan keselamatan telah dibincangkan.

Tentunya perkara yang mustahak sebegini menuntut kerjasama erat antara kedua-dua negara apatah lagi dalam mendepani cabaran keselamatan rantau.

Selain itu, tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China dan kedua-dua negara juga akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun hadapan.

Usai pertemuan ini, Menteri Dalam Negeri serta TYT Wang Xiaohong akan melanjutkan perbincangan terkait usaha memperkukuh jalinan keselamatan kedua-dua negara di KDN.

Semoga hubungan baik antara kedua-dua negara yang terjalin sejak sekian lama dapat diperkukuh dan memberi manfaat untuk Malaysia-China kelak Insya-Allah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts