NETIZEN KECAM ZAHID ISU TONY PUA, DAP

394
SHARES
2.3k
VIEWS

Rata-rata netizen termasuk dalam kalangan ahli UMNO sendiri mengkritik dan tidak berpuas hati dengan kenyataan Datuk Seri Dr. Mohd. Zahid Hamid yang mengatakan hinaan Tony Pua terhadap pengampunan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai bukan pendirian DAP.

Menurut mereka, Zahid seolah-olah menjadi ‘jurucakap’ DAP kerana bukanlah tugas Presiden UMNO untuk ‘back up’ DAP malah beliau sepatutnya mengecam terus Tony Pua dan meminta parti itu menjelaskan pendirian mereka. Zahid juga sepatutnya mendesak pimpinan DAP bertegas ke atas Tony Pua kerana menghina hak mutlak YDP Agong dalam memberi pengampunan kepada rakyat Malaysia.

Sebagai rekod, mutakhir ini menunjukkan bahawa rakyat termasuk ahli UMNO sendiri tidak berpuas hati dengan cara parti itu menangani isu pengampunan DiRaja terhadap bekas Perdana Menteri keenam Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak, yang dilihat banyak pihak sebagai tidak bersungguh-sungguh dan hanya melepaskan batuk di tangga.

Walaupun YDP Agong tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk Zahid sendiri agar memberi pengampunan penuh kepada Najib, namun di sebalik itu mereka melihat Zahid tidak kisahpun jika Najib diampunkan ataupun tidak.

Realitinya perkara ini boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap UMNO yang semakin berkurangan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 dan ke-15 lepas. Selain itu, dengan ketiadaan faktor ‘Bossku’, UMNO dilihat semakin sukar untuk kekal relevan di hati masyarakat, apatah lagi di PRU-16 kelak.

Jika parti tua itu tidak melakukan sesuatu yang drastik, akhirnya UMNO dikhuatiri akan hanyut terus oleh arus politik semasa – kerana rakyat terutamanya generasi muda melihat mereka tidak lagi relevan di negara ini dan bakal menolak UMNO sepenuhnya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts