KAUM INDIA, SJKT TIDAK DIPINGGIRKAN, TERIMA BANTUAN PERUNTUKAN BESAR

347
SHARES
2k
VIEWS

1. Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar menyangkal dakwaan kononnya masyarakat India tidak memperoleh peruntukan khusus dalam Belanjawan 2024 berbanding belanjawan sebelum ini.

2. Tegas beliau yang juga merupakan menteri berketurunan India dalam Kabinet, Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan kebajikan masyarakat India di negara ini malah meneruskan pelbagai inisiatif khusus untuk kaum itu dalam belanjawan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober lalu.

3. Antara inisiatif yang disediakan khusus untuk masyarakat India di negara ini dalah peruntukan RM100 juta kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), peruntukan RM30 juta melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional untuk Skim Pembiayaan Usahawan Mikro India, RM50 juta bantuan kewangan bagi pengurusan rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar bagi tujuan baik pulih dan menyelenggara kuil serta pelbagai lagi.

4. Bagi peruntukan khusus kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) pula, pada tahun ini sahaja kerajaan telah membelanjakan hampir RM50 juta kepada sekolah tersebut termasuk RM20 juta untuk penyelenggaraan sekolah, selain 152 SJKT menerima RM70,000 bagi kerja penyelenggaraan tandas sekolah untuk keselesaan pelajar.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts