MALAYSIA BERSOLIDARITI DI HIMPUNAN MALAYSIA BERSAMA PALESTIN

340
SHARES
2k
VIEWS

YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyertai Himpunan Malaysia Bersama Palestin bersama ribuan masyarakat di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau yang semakin lantang memperjuangkan isu tersebut di pentas dunia mempersoalkan tindakan ganas dan kejam rejim Zionis Israel yang menceroboh Palestin serta menindas rakyatnya. 

Mana dia demokrasi? Mana dia hak asasi? Mana dia hak kemanusiaan?” yang turut dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri di perhimpunan tersebut yang dihadiri ribuan rakyat yang sama-sama bersolidariti membantah tindakan kejam Zionis Israel. 

Himpunan ini merupakan salah satu mesej solidariti Malaysia terhadap perjuangan sah rakyat Palestin namun mesej yang disampaikan negara ini amat jelas iaitu walaupun berdepan tentangan dan ugutan.

Saya maklumkan hadirin, Malaysia tidak akan berhenti setakat ini sahaja malah akan terus memperjuangkan kebebasan Palestin dan mengutuk pencerobohan tanpa rasa takut.” 

Ini bukan sekadar isu negara Arab, tapi isu kemanusiaan yang wajar menjadi dukungan bersama, kerana itu Malaysia telah membuat keputusan menyokong perjuangan sah rakyat Palestin ke arah Palestin yang Merdeka.

Hidup Palestin! Palestin Merdeka! Allahuakbar!” – laungan YAB Perdana Menteri. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts