ANWAR PERLU DIBERI LEBIH MASA – SULTAN JOHOR

338
SHARES
2k
VIEWS

1. DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar percaya bahawa YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim harus diberikan lebih banyak masa untuk memajukan ekonomi negara.

2. Baginda mengakui bahawa pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar kini berdepan dengan kemelut kewangan yang mencabar.

3. Anwar pula hanya dapat menyedari kesulitan kewangan yang dihadapi kerajaan selepas beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

4. Dalam masa yang sama Sultan Ibrahim menzahirkan rasa lega apabila YAB Perdana Menteri disifatkan berjaya membawa balik hasil positif kepada ekonomi negara, susulan lawatan rasmi beliau ke China pada awal tahun lalu.

5. Ini termasuklah beberapa lawatan YAB Perdana Menteri ke beberapa negara lain di rantau Asia antaranya Vietnam, Laos dan Brunei serta kedatangan pelabur luar negara ke Malaysia melalui siri rundingan bersama teknokrat terkemuka dunia.

6. Seperti Elon Musk, Eduardo Saverin (Facebook-Meta), Peter Kadas (European Ventures Fund), Raj Ranguly (B Capital) dan Alejandro Weinstein (WM Partners).

7. Jelas kestabilan membawa pelaburan strategik ke Malaysia.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts