CAMERON SESAK TERUK: DI MANA SILAPNYA?

1.2k
SHARES
3.8k
VIEWS

Cameron Highlands (CH) mengalami kesesakan luar biasa sejak semalam sempena cuti sambutan Hari Kemerdekaan dan Maal Haijrah. 

Beribu-ribu kenderaan termasuk bas dan van pelancong terperangkap sehingga empat jam semalam.

Keadaan semakin buruk hari ini. Di kebanyakan laluan, purata jarak satu kilometer mengambil masa sejam setengah sama ada di Tanah Rata dan Brinchang.

Situasi ini menyebabkan ramai pengguna meluahkan kekecewaan malah kemarahan mereka menerusi media sosial.

Berdasarkan pemerhatian dan tinjauan sehingga pukul 1.30 tengahari tadi, lalu lintas berada pada tahap ‘merah’ dan dijangka berlarutan sehingga malam ini.

Pengurusan trafik yang lemah antara punca kesesakan itu selain kenderaan yang banyak memasuki CH sejak petang Jumaat lalu.

Ramai pengguna melihat Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) dan Polis Daerah CH gagal mengurus lalu lintas terutama di simpang dua depan pejabat Pertanian Daerah dan Brinchang Kafe.

Tiada anggota polis dan anggota penguatkuasa MDCH bertugas di situ.

Sebaliknya ramai anggota penguatkuasa sibuk bertugas menjaga pasar malam dekat Golden Hill pada sebelah malam.

Sedangkan anggota MDCH mahupun polis trafik tidak kelihatan di tempat-tempat kritikal yang menjadi punca kesesakan.

Seorang pengunjung dari Kula Lumpur, Mohamad Azhar berkata, pengalaman dua hari berada di Cameron adalah menjengkelkan.

“Pemandangan indah tetapi kesesakan luar biasa. Masalahnya adalah aliran trafik yang tidak diuruskan dengan baik dan efisien,” katanya.

Seorang lagi, Hashim Jusoh dari Terengganu menyifatkan kunjungannya sekeluarga buat pertama kali adalah sangat tidak berbaloi.

“Saya juga berpendapat tiada pengurusan trafik yang baik. Sejak semalam kami hanya sempat pergi melawat satu tempat iaitu ladang teh. Selainnya masa terbuang di atas jalan raya berjam-jam,” katanya.

Sementara itu pelancong dari Brunei Darussalam, Azwan Awaludin mahu pihak berkuasa atasi segera masalah kesesakan lalu lintas bagi menjaga imej pelancongan Malaysia di kalangan pelancong asing.

Pengunjung dari Johor, Hashim Ali berharap Menteri Besar Pahang dapat memberi perhatian segera dan jika perlu merombak penjawat awam di CH supaya lebih efisien.

“Saya ingin tanya apa yang Ketua Polis Daerah dan YDP MDFC buat? Sia-sia sahaja promosi pelancongan di Cameron.”

“Kerajaan janganlah hanya bila ada pembesar datang Cameron, lalu lintas akan lancar walaupun banyak kenderaan. Inikah mentaliti kita?,” luahnya.

Sumbangan berita oleh saudara Rahim Rameli yang berada di Cameron Hihglands

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts