LAWATAN MENGEJUT KE KLIA, PERDANA MENTERI BERI JAMINAN SIASAT SALAH LAKU, TAMBAH BAIK OPERASI

335
SHARES
2k
VIEWS

YAB Perdana Menteri membuat lawatan mengejut ke kaunter Imigresen dan kastam di KLIA petang semalam bagi melihat sendiri isu berbangkit atau permasalahan sewaktu pengendalian harian membabitkan pelancong dan warga asing selain warga tempatan.

Beliau membuat lawatan mengejut itu selepas beberapa hari lalu tular gambar dan laporan berita mengenai kekecohan yang berlaku ekoran tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing meminta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat isu salah guna kuasa yang kronik di pintu masuk negara.

Dalam lawatan mengejut ke kaunter Imigresen dan Kastam di KLIA sebentar tadi, saya dapati ada ruang untuk penambahbaikan bagi memantapkan pengoperasian di pintu masuk negara ini.” 

Saya sempat bertegur sapa dan bertanyakan kepada anggota serta pegawai bertugas berkenaan operasi harian, baik di kaunter ketibaan mahupun pelepasan.

Kesempatan ini juga digunakan untuk melihat sendiri isu berbangkit atau permasalahan sewaktu pengendalian harian membabitkan pelancong dan warga asing selain warga tempatan.

Perdana Menteri juga memberi jaminan siasatan rapi akan dijalankan oleh pihak berkuasa berhubung insiden membabitkan pelancong China baru-baru ini termasuk mengadakan perbincangan awal dalam mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini.

Khususnya melibatkan dakwaan wujud salah laku dan amalan rasuah. Beliau juga memaklumkan tindakan juga akan diambil kepada pihak terbabit andai wujud kesilapan yang tidak sepatutnya sehingga menjejaskan kelancaran operasi di lapangan terbang tersebut.

Sementelahan, tindakan juga akan diambil pihak terbabit andai wujud kesilapan yang tidak sepatutnya sehingga menjejaskan kelinciran operasi.” 

Beliau turut memberi jaminan tahap keselamatan dan pengoperasian di lapangan terbang negara akan sentiasa ditambahbaik dalam memastikan perkhidmatan sewajarnya diberikan kepada semua pihak.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts