KERAJAAN KATA SEMAK FAKTA, SYED SADDIQ PERTAHAN ISU PELAJAR IPG DIANAKTIRIKAN

342
SHARES
2k
VIEWS

Terdapat dakwaan oleh Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengatakan pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) telah dianaktirikan oleh kerajaan kerana tidak menerima bantuan eBelia Rahmah. 

Bagi menjelaskan isu ini, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Masalan menyatakan bahawa pelajar IPG telah menerima elaun sara hidup sebanyak RM450 sebulan dan ia berbeza dengan belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang tidak ada elaun berkenaan.

Beliau juga meminta ahli politik yang membuat tuduhan tersebut agar menyemak fakta terlebih dahulu mengenai elaun pelajar IPG sebelum membuat sebarang tuduhan.

Sungguhpun begitu, Syed Saddiq mempertahan tindakannya membela pelajar IPG yang dipinggirkan dengan membandingkannya dengan pelajar MARA yang tetap menerimanya walaupun mempunyai elaun. 

Elaun MARA: RM650 – RM950, Ebelia RM200: Dapat. Elaun IPG: RM450, Ebelia RM200: Tidak dapat.” 

Persoalannya: Mengapa ada differential treatment? Syarat kelayakan jelas kata, “Semua belia berumur 18-20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institusi di bawah KPM & Kementerian lain.” Bila pelajar persoalkan mengapa ada antara mereka tak dapat, semua marah.

Kata mereka dah dapat elaunlah, dijanjikan pekerjaanlah. Walhal, mereka ini ada yang datang dari keluarga susah. Ramai yang dari keluarga senangpun dapat.

Beliau yang juga Presiden MUDA berkata, sekiranya daripada awal tidak boleh mohon, sepatutnya kerajaan beritahu sejelas-jelasnya dalam syarat kelayakan.

Jangan beri harapan palsu pada pelajar“, tambahnya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts