1. Kempen Beli Produk Muslim yang mula-mula sekali dilancarkan pada 2 April 2019 antara Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), sebenarnya kurang mendapat sambutan dari orang ramai kerana masalah teknikal dan pengurusan yang tidak sistematik, namun disebabkan tujuannya adalah untuk membangunkan ekonomi umat Islam, UMMAH meneruskan juga kempen ini yang kemudiannya dilancar bagi kali kedua bersama KOHILAL (koperasi) dan ABATA (syarikat yang menyediakan platform aplikasi untuk penjual dan pembeli), iaitu pada 23 Julai 2019, namun kempen kedua ini juga kelihatannya agak lembab dan suram sedikit.
2. Namun secara tiba-tiba tanpa ada sebarang perancangan rapi, ia melonjak naik mendadak pada tahap yang luar biasa, semuanya sebaik selepas kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof pada 29 Ogos 2019, yang menggunakan istilah โboikotโ apabila membuat kenyataan akhbar dengan mengatakan kempen boikot produk bukan bumiputera di negara ini hanya satu tindakan sia-sia kerana ia tidak konstruktif. Kenyataan bersahaja menteri berkenaan telah menyentap dan membuka mata ramai orang Melayu akan kesedaran ini.
3. Jelasnya kenyataan menteri itu terang-terangan amat bercanggah dengan maksud dan tujuan asal kempen ini dilancarkan sehingga dua kali oleh UMMAH, iaitu pada 2 April dan 23 Julai, yang tujuannya adalah untuk menggalakkan supaya orang Melayu yang majoriti beragama Islam di negara ini supaya membeli produk yang bersih, dan tentu sekali keutamaannya adalah membeli produk yang halal.
Ini kerana kebelakangan ini terdapat banyak tularan di media massa yang menyiarkan mengenai kepalsuan produk-produk dari luar negara khususnya dari negara China yang melakukan kerja-kerja pemalsuan produk, bahan, peralatan atau barangan makanan sehingga kini dikatakan sudah ada telur palsu, sayuran palsu dan seterusnya.
4. Keadaan menjadi bertambah kalut apabila beberapa para menteri menyusul kemudiannya membuat kenyataan mengenai kempen ini tanpa usul periksa menggunakan juga istilah yang sama; โboikotโ terhadap niat murni satu gerakan kecil yang mahu membangunkan ekonomi orang Melayu, tetapi telah dimanipulasi niat baik itu dengan dipolitikkan kempen ini menjadi propaganda parti, semata-mata kerana mahu mencuri perhatian orang ramai daripada melihat perkara dan isu sebenar yang lebih besar iaitu kelemahan urus tadbir pentadbir baru negara Malaysia hari ini.
Lebih teruk lagi apabila pada 5 September, 2019 yang lalu diheret pula 12 ahli akademik membuat kenyataan mengatakan kempen ini โmenghasut dan boikotโ, dengan tajuk; โHasutan Boikot Pecah-belahkan Masyarakatโ, ternyata pandangan ini meleset, ia lebih dilihat sebagai usaha pihak tertentu yang mahu mencantas terus kempen murni mahu membantu orang Melayu, supaya terbantut.
5. Propaganda yang sengaja diada-adakan ini bagaikan mempunyai maksud mahu menyekat kemajuan ekonomi orang Melayu, yang pada suatu ketika dahulu amat terkenal sebagai pengeluar dan juga peniaga yang berjaya.
Ini terbukti dengan adanya pengeluarkan berbagai produk buatan tempatan seperti kain batik, kain pelikat, juga bahan makanan seperti budu, cencalok, tempoyak, dan tidak dapat dinafikan bunga cengkeh, lada hitam, kayu manis dan berbagai rempah-ratus sehingga ia menjadi sebagai alasan mengapa Barat datang ke Nusantara khususnya ke Semenanjung Tanah Melayu yang pada asalnya untuk berniaga walaupun di sebalik itu ada niat-niat jahat yang tersembunyi yang punya kaitan dengan keagamaan. Tipulah jika dikatakan ia tidak ada kaitan langsung dengan agenda Kristianisasi. Barat mahu mengembangkan ajaran agama mereka, โGold, Glory, Gospelโ.
6. Peninggalan ideologi dan sistem ‘divide et impera’ atau ‘divide and rule’, โpecah dan perintahโ, antara tulisan terbaik oleh Tuanku Sultan Perak Sultan Nazrin. 2017. Ada menyentuh bab ini dalam tajuk: โCharting the Economy: Early 20th Century Malaya and Contemporary Malaysian Contrastsโ. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Yang berlaku sebelum British menyerahkan urus tadbir negara secara mutlak, yang asalnya mahu diserahkan kepada Raja-raja Melayu, dengan syarat hanya akan terlaksana jika kerajaan baru masa itu bersetuju untuk menerima pendatang yang dibawa masuk oleh Inggeris sebagai kuli untuk melakukan kerja-kerja mendulang di lombong-lombong bijih dan ladang-ladang getah di Semenanjung Tanah Melayu, diterima sebagai rakyat.
7. Dan orang Melayu dipaksa menerima kaum kuli yang kasar dari kasta rendah ini, yang masa itu datang berlambak-lambak yang layak untuk melakukan kerja-kerja buruh, kerja berat seperti di lombong-lombong bijih timah dan di ladang-ladang getah milik orang putih. Ini semua dapat dilihat dalam catatan Tuanku Sultan Perak Raja Nazrin menyebut seperti berikut:
โMalayaโs peninsula was a territory with abundance of land and natural resource but with a small population of just 1.7 million. The labour force was small and did not grow through most of the early 20th century. The growing population was engaged principally in the production of tin and later rubber as well as the provision of a broadening range of support services, subsistence and small scale agriculture. Most of the Malays preferred to stay with their traditional farming and fishing occupations, so labour was imported — Indians for the rubber plantations and Chinese for the tin mines. As I show in my book, convict labour transported from India built much of the Straits Settlements in the first half of the 19th century; it is estimated that a majority of the buildings in Singapore by 1860 had been built by Indian labour.
The large inflows of low cost foreign workers recruited from China and India resulted in the population shares of these two communities increasing substantially, with Chinese mostly toiling in the tin mines and the Indians working on the rubber estates. Migration from elsewhere in the Malay Archipelago was encouraged as a part of colonial policy in order to increase the local food production, especially of rice, to feed the growing population not engaged in agriculture. Since there was work available for wives and older children on the rubber estates, Indian migration sometimes included whole families, who were then housed on the plantations in the labour lines. But their low wages, indebtedness, poor social status and physical isolation kept the Indians apart and they tended to exercise little influence on the Malayan society. Tamils were considered to be more accustomed to British rule and more amenable to discipline than the Chinese, and to be willing to work for lower wages than the Malays.โ (1)
8. Dalam keadaan terdesak kerana mahukan kebebasan segera daripada belenggu penghinaan British terhadap orang Melayu dan ini dapat dilihat dengan kebangkitan pembesar-pembesar Melayu menentang pihak Inggeris yang secara tidak langsung memdapat bantuan dan galakan serta semangat dari Raja-Raja Melayu yang mahukan Tanah Melayu bebas dari campur tangan pihak Inggeris.
Ketika itu yakni apa yang dikatakan sebelum kemerdekaan adalah antara orang Melayu dengan pihak Inggeris tanpa ada bantuan ataupun penglibatan orang bukan Melayu, ini membuktikan juga bahawa yang bangkit melawan Inggeris adalah orang Melayu bukannya seperti yang didakwa oleh sekumpulan kecil mereka yang tidak sedarkan diri akan asal usul dirinya.
Selain kerana mahukan kebebasan, kebangkitan itu juga adalah bagi mengelak daripada segala khazanah negari-negeri Melayu dirampas sehingga kering kontang dibuatkan oleh pihak Inggeris.
Dalam keterpaksaan, pemimpin-pemimpin Melayu pada masa itu tiada pilihan lain, melainkan menuruti kehendak Inggeris dengan terpaksa menanggung kos berjuta ringgit bebanan keberadaan pendatang asing ke dalam negara yang bukannya dijemput oleh orang Melayu tetapi angkara tangan-tangan ketamakan Barat, dengan memberi kerakyatan kepada bangsa-bangsa pendatang yang telah berada dalam negara seperti orang Cina, India dan Benggali sebagai rakyat Malaysia.
9. Keterpaksaan menerima bangsa-bangsa lain menjadi rakyat negara ini juga telah memaksa pemimpin-pemimpin politik Melayu dan bersama pemimpn-pemimpin bangsa lain yang diangkat ad hoc pada masa itu, kebanyakannya kawan baik pemimpin Melayu ketika itu juga dengan menyediakan satu formula sistem bagi mengharmonikan suasana tegang, supaya jadi tenang dengan membahagikan orang Melayu diletakkan sebagai kalangan yang layak menguruskan pentadbiran negara, kerani, kerja-kerja pejabat dan lain-lain, bangsa Cina pula diberi peluang dan digalakkan berniaga manakala bangsa India majoritinya kekal menjadi buruh di ladang-ladang dan di kebun-kebun orang Melayu selain secara kecil-kecilan ada juga di kalangan mereka yang berniaga namun bilangannya tidaklah ramai.
10. Pendekatan sistem pecah dan perintah ini berlarutan puluhan tahun sejak sebelum merdeka lagi, setelah dan sehingga ke hari ini yang kini telah menjadi sebati dalam jiwa masyarakat penduduk rakyat majmuk Malaysia dengan keadaan geopolitik yang sudah ketinggalan zaman itu.
Perkara ini kita boleh lihat begitu ketara pada pendidikan sekolah dengan kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan dan sekolah swasta yang mengikut aliran pengajian menurut bahasa ibunda masing-masing atau lebih dikenali sebagai vernakular yang memisahkan antara kaum.
Anehnya apabila dewasa kita diminta supaya bersatu sedangkan sejak dasarnya lagi kita telah dimomokkan dengan konsep saling pisah-memisahkan.
11. Inilah apa yang membimbangkan dan disuarakan oleh Tengku Mahkota Johor sebelum ini dengan menyuarakan pandangan agar tahun-tahun ke hadapan sekolah vernakular akan dihapuskan terus dari negeri Johor. Seluruh rakyat Johor akan dikenali sebagai Bangsa Johor, tidak kira orang Melayu, orang Cina, India, Benggali dan etnik yang lain-lainnya. Demi perpaduan Negeri Johor dan kedamaian serta keharmonian hidup bersama berbilang kaum tadi.
13. Perkongsian pencerahan ini jelas menunjukkan orang Melayu sejak sebelum merdeka atau sejak pembebasan dari cengkaman campur tangan Inggeris dalam urusan ekonomi dan urus tadbir kerajaan, orang Melayu telah lama bertoleransi dengan orang dari bangsa lain.
Tidak menghalau, mengganggu dan mendiskriminasi dalam banyak perkara dengan bangsa selain Melayu khususnya dalam dunia perniagaan. Kenapa hari tiba-tiba ada halangan untuk orang Melayu maju dalam dunia perniagaan?
Haji Rashidi Bin Haris
Ketua Media MUAFAKAT
NOTA: