TATU BUKAN BUDAYA ORANG MELAYU ISLAM

334
SHARES
1k
VIEWS

“Allah melaknat wanita yang menjadi tukang tatu dan wanita yang minta ditatu, wanita yang mencabut bulu alis dan wanita yang minta agar bulu alisnya dicabut, begitu juga dengan wanita yang merenggangkan giginya demi kelihatan kecantikan. Merekalah wanita-wanita yang mengubah ciptaan Allah.” (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

1. Allah SWT menciptakan makhluk-Nya dengan begitu sempurna sekali, daripada susuk tubuhnya hinggalah kepada zuriat keturunannya. Makhluk sempurna atau insan ini diberikan dua mata, dua telinga, hidung mulut hingga kulit yang bersih ketika dilahirkan ke dunia ini.

2. Namun manusia yang mudah dikuasai sifat kebinatangan, sering tertipu dan terpedaya dengan hasutan syaitan akan selalu tidak merasa puas dan ingin mengubahsuai menurut hawa nafsunya, salah satunya adalah dengan bertatu.

3. Seseorang mentatukan dirinya, kerana mahu dilihat lain daripada yang lain untuk mendapatkan perhatian orang. Tidak ada dalam sejarah orang cerdik pandai atau golongan intelektual yang mentatukan diri mereka melainkan si bodoh yang terhegeh-hegeh mahu kelihatan lain tetapi menampakkan kebodohan pada diri. Dan ini apa yang berlaku di negara kita apabila kelmarin pada 11/11 di Kuala Lumpur Convention Centre telah diadakan Expo Tattoo Malaysia 2019.

4. Walaupun ramai kalangan warga maya yang menyuarakan bantahan terhadap penganjuran itu, ada juga yang mengkritik membantah itu sebagai kolot, kononnya menghina budaya tatu orang asli, dan di negara kita bertatu adalah biasa bagi orang Iban di Sarawak. Mereka yang membantah dianggap seperti menghina kaum Red Indian di Amerika. Isunya bukan bertatu tetapi sikap kurang sopan dengan hampir berbogel di khalayak ramai.

5. Isu ini mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang turut berasa amat terkejut dengan kejadian hampir bogel sempena program Tattoo Malaysia Expo 2019.

Dalam entri di akaun Twitter, baginda memuat naik kenyataan mempersoalkan tindakan penganjuran acara tersebut: “Allahuakbar… apa nak jadi ni!” titah baginda dalam entri yang dimuat naik semalam.

6. Lebih mengejutkan, program Tattoo Malaysia Expo 2019 ini dilihat telah mendapat sokongan dengan kerjasama dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan ini dapat dibuktikan pada wall-drop terang-terangan terpapar “supported by: MINISTRY OF TOURISM, ARTS AND CULTURE (MALAYSIA)”.

Walaupun pantas pihak kementerian menafikannya, kita sangsi bagaimana boleh penganjur berani meletakkan kenyataan sokonan tersebut di wall-drop acara? Adakah pada awalnya YB Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik selaku Timbalan Menteri atau pun Menteri sendiri, YB Muhammadin bin Haji Ketapi telah meluluskannya tetapi kemudiannya terpaksa membuat kenyataan pagi ini dengan menafikannya apabila mendapat bantahan keras dari orang ramai?

7. MUAFAKAT membantah dengan sekeras-kerasnya budaya bertatu yang jelas bercanggah dengan agama Islam dan ianya bukan budaya orang Melayu, bukan juga budaya orang Cina dan India.

Kita boeh terima lagi jika program tatu ini dianjurkan di Sarawak kerana seluruh rakyat memahami tatu adalah budaya orang Iban, ini jelas dan tiada halangan. Budaya penduduk rakyat Sarawak dari kaum Iban, bukannya budaya negara Malaysia. Jangan dicampuradukkan dengan mengatakan apa sahaja budaya yang ada dalam negara ini maka ianya mewakili budaya negara.

8. Lebih menghancurkan hati apabila model tatu memperagakan tatu dengan berbogel di khalayak ramai, padahal amat jelas Malaysia negara Islam apabila dalam Perlembagaannya mencatatkan “Islam Agama Persekutuan”.

Malangnya perkara dalam Perlembangaan ini tidak dihormati oleh sesetengah pihak dengan bersikap kurang ajar berbogel memperagakan tatu secara terbuka.

Adakah suatu hari nanti rakyat sudah boleh berbogel secara terbuka di khalayak ramai hanya semata-mata slogan HAK ASASI MANUSIA. Adakah dengan alasan asal manusia ini berbogel maka manusia ada hak untuk berbogel, dan adakah prinsip ini bertepatan dengan slogan Rahmatan Lil Alamin, iaitu kena jaga hati semua bangsa, agama, termasuk budaya.

9. MUAFAKAT mendesak menteri terbabit dilucut jawatannya dan dikenakan hukuman atas kelalaian menjaga kementeriannya sehingga ada pihak mengambil kesempatan menganjurkan program yang melampaui batas serta mengguris perasaan bangsa majoriti negara.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Naib Pengerusi UMMAH

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts