Oleh Dr. Novandri Hasan Basri
Ada yang cuba nafikan tapi Martha Moorthy memang hadir dialog anjuran Northern Ireland Council for Racial Equality (NICRE) di Parlimen Northern Ireland, UK. Kita boleh rujuk Facebook NICRE.
Beliau ke sana dengan beberapa pegawai kementerian.
Yang mengejutkan ialah pendedahan mengenai pamphlet yang diedarkan semasa dialog itu.
Foto 1 jelas satu pembohongan tentang kaum India di Malaysia! Kononnya kaum India ditindas, dipaksa masuk Islam, tidak diberi kewarganegaraan dan pelbagai lagi pembohongan yang berbau perkauman.
Saya merujuk kenyataan Facebook ini:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217877528161611&id=1585630597
Kita tuntut kerajaan PH dan Moorthy jawab kesahihan isu ini dengan segera.
1. Bagaimanakah seorang yang berjawatan Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial boleh membiarkan pembohongan jijik itu disebarkan semasa dialognya?
2. Kenapa beliau sendiri tidak menafikan kandungan dalam pamphlet itu?
3. Apa yang dibuat oleh pegawai-pegawai kementerian yang turut hadir ketika itu? Ternganga dan hanya mahu makan angin?
Malangnya, tiada pihak media yang highlight-kan tentang pembohongan ini dan Moorthy terlepas begitu sahaja!