SEBAB SEBENAR ‘FRONTLINER’ KKM DIJANGKITI COVID-19

153
SHARES
495
VIEWS

Oleh Dr Novandri Hasan Basri

Come on… Dr Musa.

Kamu passionately tweet mengenai NGO-NGO dan jumlah tyvek suits (PPE) dan facial masks yang dihantar ke Bintulu, Miri, Sibu dan sebagainya. Tetapi malangnya, kamu buat tuduhan melulu kononnya “pihak berkuasa kesihatan gagal melindungi barisan depan perubatan yang memerangi Covid-19”.

Sebenarnya, Dr Musa yang gagal faham sebab sebenar kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia dijangkiti COVID-19.

Mari saya jelaskan:

1. 80 peratus daripada 181 kakitangan KKM dijangkiti COVID-19 di luar tempat kerja.

2. 20 peratus lagi dijangkiti ketika bertugas di wad dan Unit Rawatan Rapi (ICU) yang tidak terbabit dengan rawatan COVID-19.

3. Jangkitan kakitangan KKM di tempat kerja berlaku apabila pesakit dirawat tidak memaklumkan ada hubungan dengan kontak rapat.

4. Tiada seorangpun yang berkhidmat di wad COVID-19 dan ICU dijangkiti setakat ini.

Maksudnya, mereka mengamalkan langkah pencegahan dan memakai PPE semasa menjalankan tugas. Kita harap frontliners akan dilindungi selalu tapi inilah masaalahnya apabila ada pihak yang hanya serkap jarang dan menuduh yang bukan-bukan.

Begitu juga ada pihak yang menganggap kerap masuk televisyen itu sebagai kriteria ‘buat kerja’. Padahal, bertambah banyak kerja belakang tabir seperti perancangan dan implimentasi melibatkan satu negara yang perlu difikir dan diusahakan.

Lebih-lebih lagi ketika Kementerian berdepan dengan jumlah keseluruhan petugas barisan hadapan, pusat-pusat kesihatan, kuarantin, laboratories, pesakit dan individu dalam siasatan (PUI) yang ramai, berpuluh ganda jika dibandingkan dengan tempoh awal wabak itu.

Perlu juga difikirkan langkah-langkah pencegahan yang lebih besar melibatkan Perintah Pergerakan Kawalan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, penentuan zon merah dan zon hijau dan macam-macam lagi.

Semuanya ini berlaku hanya dalam masa yang singkat. Koordinasi dan pembahagian tugas di antara Menteri Datuk Adham Baba bersama kepimpinan tertinggi KKM adalah sangat penting untuk melancarkan usaha untuk membendung wabak ini.

Maka, tidak perlu pertikai tugas atau perkecil-kecilkan mereka. Kita hanya perlu #StayAtHome, jaga kebersihan dan berdoa kepada Allah SWT semoga wabak ini berakhir.

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1079709355743268&id=100011126418577

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts