Melalui sumber maklumat yang dipercayai dari media sosial yang tular menyebutkan bahawa Waytha Moorthy telah bertindak melampau sekali lagi sama seperti yang pernah beliau lakukan sebelum ini dengan menabur fitnah memburukkan imej negara di mata dunia sedangkan ketika ini beliau bersama kerajaan dan menjawat jawatan sebagai Menteri Perpaduan.
2. Mengimbas kembali kira-kira 10 tahun lalu video yang kemudian muncul kembali pada tahun 2018 dengan Waytha Moorthy mendakwa berlaku pelanggaran hak asasi manusia yang serius di Malaysia yang mana beliau mendakwa kaum India telah dipaksa memeluk agama Islam, isu 10 ribu kuil dirobohkan dan beberapa perkara lain.
3. Penularan kembali video lama pemimpin HINDRAF itu bagaimanapun dinafikan dengan alasan ianya sebagai propaganda ‘cyber trooper’ untuk menimbulkan sentimen ketidakyakinan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
4. Salah laku berat melampau beliau ini dengan memburuk-burukkan negara sebenarnya jauh lebih teruk dari tularan video tersebut yang sebelum itu menurut sumber berita, pada tahun 2008-2009 Waytha pernah menghantar memo kepada negara-negara luar dalam cubaan untuk mensabotaj Malaysia. Beliau dilaporkan pernah meminta kerajaan Britain untuk menyingkirkan Malaysia dari Komanwel selain membuat tuntutan agar Britain membayar ganti rugi kepada warga India kerana membawa masuk mereka ke Malaya yang melibatkan jutaan pound.
Rujukan: https://nthqibord.com/2019/08/15/kenali-siapa-waytha-moorthy-sebenarnya/
5. Tindakan terbaharu beliau sudah melampaui batas, ini bukan kali pertama malah sudah banyak kes sebelum ini jika serius kerajaan mahukan pemimpin yang berintegriti tinggi mentadbir negara.
6. MUAFAKAT dari dahulu lagi ketika beliau memimpin Hindraf mendesak berulang kali kepada kerajaan ketika itu supaya individu ini ditahan, disiasat dan dikenakan tindakan sewajarnya atas kesalahan menghasut rakyat dari kalangan kaum India supaya membenci kerajaan dan negara ini.
7. Soal letak jawatan tidak timbul kerana beliau sememangnya tidak layak menjadi Menteri dan mengapa negara perlu mengangkat individu yang hanya mementing diri sendiri dan mendatangkan liabiliti kepada negara?
Haji Rashidi bin Haris
Ketua Media MUAFAKAT