Wabak virus maut Novel Coronavirus yang sedang menyerang beberapa wilayah negara China dan juga beberapa negara jiran lain termasuk Malaysia wajib dihalang sama ada dengan kaedah tatacara pengendalian piawai (SOP) kesihatan atau menggunakan undang-undang negara yang sedia ada.
UMMAH mengesa dengan tegas supaya kerajaan menutup semua pusat pelancongan yang menjadi kunjungan pelancong luar bagi mengelakkan virus wabak ini terus merebak dan menyerang rakyat dalam negara ini.
Walaupun kerajaan menjelaskan wabak ini masih terkawal, tetapi tiada jaminan wabak ini tidak menyerang rakyat dalam negara ini. Maka amat wajar langkah mencegah didahulukan bagi menyelamatkan rakyat dan negara.
Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri juga disarankan agar bersama sama mengadakan solat hajat di seluruh negara pada hari Jumaat depan sebagaimana yang disarankan oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan.
UMMAH menegaskan nyawa rakyat lebih penting daripada segala- galanya, dan pemimpin negara wajib bertindak segera dengan penuh bijaksana dan tidak hanya perlu tunggu dan lihat dahulu, baru bertindak.
Mohd Zai Mustafa
Pengerusi UMMAH