Oleh Dr. Novandri Hasan Basri
Saya tidak setuju dengan tindakan Lokman Adam mendedahkan audio ucapan Zahid Hamidi di mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional yang dipengerusikan Tajuddin Abdul Rahman.
Tindakan Lokman ini bukan sahaja menconteng arang di muka Zahid Hamidi tapi juga muka Naib Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Penerangan, Setiausaha serta setiap 44 ahli MT termasuk yang dipilih, dilantik dan Pengerusi UMNO negeri.
Kerana tindakan Lokman ini memberi signal bahwa mesyuarat MT gagal menjadi tempat untuk berbincang menyelesaikan isu parti dan mengatur strategi politik.
Jika tidak benar, seluruh MT UMNO perlu bersuara menafikannya.
Ironi, hanya Ketua Penerangan UMNO yang bersuara tentang isu ini. Mungkin kenyataan beliau itu mewakili pendapat seluruh saf tertinggi UMNO.
1. UMNO dan BN menerusi Muafakat Nasional tidak sekali-kali mengimpikan perubahan kerajaan melalui pintu belakang.
2. Tetap memilih pintu hadapan untuk membina kerajaan sendiri melalui PRU-15.
Zahid nyatakan ikrar ini semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO pada 6 Disember 2019.
Ikrar ini sangat jelas dan tidak boleh diubah dan dilanggar sesuka hati begitu sahaja kerana ia dipersetujui oleh semua perwakilan yang hadir dan ahli parti akar umbi.
Jatuhlah maruah Presiden UMNO dan seluruh kepimpinan tertinggi UMNO jika ikrar itu tidak diikuti dan di’sampah’kan begitu saja.
Yang afdalnya, jika ada sebarang perubahan dalam polisi besar parti, ia hanya boleh dilakukan melalui satu Mesyuarat Khas yang dihadiri oleh semua perwakilan bahagian akar umbi bukan di peringkat MT sahaja.