KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
4 Februari 2020 | 10 Jamadil Akhir 1441 H
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan tegas menyatakan bantahan ke atas pelan damai “Deal of The Century“, yang dipelopori penipu besar Donald Trump serta rakan sekutunya.
2. Pemuda PAS sesungguhnya percaya bahawa pelan ini bukanlah suatu pelan penyelesaian, bahkan pelan ini adalah suatu penyeksaan baru dan penafian hak ke atas umat Islam Palestin, yang hak bernegara mereka telah dirobek sekian lama oleh penjajah Zionis. Pelan ini juga secara jelas memuaskan nafsu Zionis, dan memberikan lesen besar kepada mereka untuk menindas dan meratah darah umat Islam di Palestin.
3. Bantahan Pemuda PAS ini telah disuarakan melalui serahan memorandum oleh delegasi Pemuda PAS pagi ini, yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS, Ir. Khairil Nizam Khirudin di Kedutaan US di Malaysia. Serahan memorandum dan perbincangan ini membuktikan kita serius dalam menentang idea “Deal of The Century” yang menindas hak umat Islam.
4. Justeru bagi menzahirkan bantahan ini, yang kami juga percaya merupakan suara majoriti rakyat Malaysia, Pemuda PAS akan menganjurkan demonstrasi besar-besaran di hadapan Kedutaan US di Malaysia, Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 7 Februari 2020 selepas solat Jumaat. Demonstrasi ini akan diketuai Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia, dan disertai oleh pimpinan-pimpinan masyarakat serta NGO-NGO yang senada dalam membela nasib umat Islam.
5. Saya menyeru semua rakyat Malaysia khususnya, dan semua umat Islam untuk sama-sama turun ke demonstrasi ini bagi menzahirkan bantahan kita.
Darah dan maruah umat Islam Palestin, adalah darah dan maruah kita. Adalah suatu kewajipan untuk kita mempertahankannya, dengan apa jua cara sekalipun.
Semoga suara bantahan ini berjaya menghalang Trump dan sekutunya dari melaksanakan idea berat sebelah mereka.
BIRRUH, BIDDAM, NAFDIKA YA AQSA
Nazir Helmi
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
#PemudaPAS
#DemiIslam
#IslamMemimpinPerpaduan
https://www.facebook.com/479387615411779/posts/3335384719812040/