Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
11 November 2020 l 25 Rabiul Awwal 1442
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mendesak pihak kerajaan negeri Selangor untuk mengambil tindakan serius ke atas kilang-kilang haram yang masih beoperasi dengan menghentikan segera operasi dan menutup premis mereka sehingga selesai isu kelulusan permohonan lesen.
2. Sampai bila kerajaan negeri Selangor mahu terus ‘bela’ kilang-kilang haram ini sehingga dukacitanya untuk sekian kali dalam tahun ini berlaku pencemaran sungai sehingga menyusahkan rakyat negeri Selangor dalam tempoh PKPB sedang dikuatkuasakan.
3. DPPNS merujuk kepada Kenyataan Media Menteri Alam Sekitar dan Alam pada perkara keempat, yang jelas menyatakan sebuah premis ‘tidak berlesen’ di taman Velox, Rawang didapati telah membuat pelepasan haram dengan mengalirkan buangan berpigmen yang disyaki sebagai barangan terjadual (BT) dalam sistem pembetungan IWK melalui lubang tandas dan inspection chamber yang terdapat di dalam premis berkenaan.
4. Sebelum ini, DPPNS sudah mendesak agar kerajaan negeri menarik semula lanjutan pemutihan kilang-kilang haram yang diberikan sehingga Disember 2020 kerana tindakan tersebut hanya menguntungkan pemilik kilang dalam masa yang sama akan terus menyusahkan rakyat dengan insiden pencemaran sungai ynag kerap berulang kali. Pada tahun 2019 sahaja terdapat 10 kali gangguan air di negeri Selangor termasuk insiden pencemaran sungai beberapa kali dan ia tidak berhenti sekali sudah hampir berada di penghujung 2020.
5. Kerajaan negeri gagal dan lemah dalam mentadbir negeri ini. Rakyat, pengusaha kecil dan masyarakat sudah perit untuk menanggung beban gangguan air ekoran insiden pencemaran air ini. Sudahlah kerajaan negeri lambat bertindak dalam isu banjir di daerah Hulu Langat, kita dilihat pula rakyat terbeban dengan ketiadaan air ditambah pula dalam tempoh PKPB yang dilanjut sehingga 6 Disember 2020 yang dikuatkuasakan di Selangor sejak 14 Oktober yang lalu.
6. Menteri Besar Selangor perlu meletakkan jawatan dengan kegagalan yang sedia ada tidak tertanggung ini agar diberikan jawatan Menteri Besar ini dijawat oleh seseorang yang layak memikul tanggungjawab demi maslahat umum rakyat dan negeri ini.
Memimpin Negara
Pemuda Bangkit Demi Islam
Ustaz Hanafi Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3880393552011921&id=225685927482720