KERAJAAN KOMITED BANTU PETANI, PELADANG DAN NELAYAN, SALUR BANTUAN RM5.39 BILION

336
SHARES
2k
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke MSekin Wonderland yang bertempat di Sekinchan, Selangor untuk Program Sentuhan Agro MADANI Peringkat Negeri Selangor, hari ini. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Dato’ Seri Mohamad Sabu dan Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari turut hadir ke majlis tersebut.

Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri menyentuh bahawa Kerajaan Perpaduan telah memperuntukkan sebanyak RM5.39 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi tahun ini yakni kenaikan sebanyak 12.06 peratus berbanding RM4.81 bilion pada tahun 2022.

Adalah menjadi komitmen kerajaan bahawa golongan petani, peladang dan nelayan dibela sebaiknya dan beliau turut menyenaraikan beberapa inisiatif penting dalam memungkinkan pembelaan kepada golongan ini.

Antaranya kerajaan telah menyalurkan bantuan subsidi dan insentif untuk industri padi dan beras berjumlah RM1.62 bilion. Kerajaan juga telah menyediakan sumbangan tunai sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan atau semusim kepada 240,000 pesawah dengan peruntukan sebanyak RM228 juta.

Selain itu, Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) Laut diteruskan dengan kadar bayaran RM300 sebulan dan lain-lain inisiatif bagi membantu golongan sasar yang ditetapkan.

Justeru, ini yang menjadi keutamaan kerajaan untuk menjamin kelangsungan golongan petani dan nelayan, selain menggerakkan beberapa usaha yang berdampak besar yang pastinya memberi manfaat yang sebaiknya.

Inilah yang sepatutnya dibicarakan semua tatkala rakyat dipaksakan dengan politik kebencian yang tidak berkesudahan serta langsung tidak menguntungkan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts