SINDIR NUR JAZLAN DAN ASYRAF WAJDI, ANNUAR MUSA SEMAKIN ANGKUH DAN TIDAK PROFESIONAL?

478
SHARES
1.5k
VIEWS

1. Setelah membuat kenyataan yang kontroversi dan memperlekeh partinya sendiri serta mendahului ketetapan Muafakat Nasional dengan mengatakan PAS tidak akan menyertai tanpa Bersatu, Tan Sri Annuar Musa kini semakin angkuh dan ‘meroyan’ dengan menyindir sesiapa sahaja walaupun sesama parti – walaupun yang menegurnya dibuat secara baik dan berhemah. 

2. Antaranya Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang disindir oleh Annuar walaupun beliau jelas beliau ditegur kerana membuat kenyataan yang tidak sepatutnya. 

3. Cara Annuar menyindir juga sangat tidak profesional apabila berkata;

Ada yang kata saya dah mati dalam UMNO.. Kalau begitu, Alhamdulillah. Yang penting saya mati dalam Islam.. Dan syukur jika saat itu saya kekal ahli UMNO.”

“Setidak-tidaknya saya masih mampu beri satu kerusi Parlimen dan DUN untuk UMNO. Ada yang hidup di negeri kuat UMNO tetapi gagal sumbang kerusi untuk UMNO… Pedihkan? You ask for it!

Rujuk pautan;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4656304647775157&id=100001870036702

4. Sedangkan Nur Jazlan berkata Annuar ‘sudah mati’ dalam UMNO yang memberi maksud Annuar tidak lagi memberi manfaat buat UMNO atau kini tidak lagi mempunyai ‘hati’ kepada partinya sendiri kerana asyik mempertahan Perdana Menteri serta Bersatu manakala parti sendiri pula dihentam.

Dia ‘sudah mati’ dalam UMNO tetapi tidak mahu lompat ke Perikatan Nasional (PN).”

Rujuk kenyataan ringkas Nur Jazlan yang dibuat kepada portal Free Malaysia Today di pautan; https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/21/annuar-sudah-mati-dalam-umno-kata-nur-jazlan/

5. Metafora ‘sudah mati’ oleh Nur Jazlan bukan susah untuk difahami malah pelajar sekolah menengahpun tahu apa yang beliau maksudkan tetapi Annuar sengaja ‘menganjing’ – menggambarkan sikap tidak profesional dan tiada lagi semangat setiakawan atau menghormati sesama pemimpin dalam UMNO. 

6. Annuar juga turut menyindir Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang hanya mengatakan “Malaysiakini tersalah dakwa dan lapor”, yang dilakukan secara baik dan berhemah namun dibalas secara agak kasar oleh Annuar.

Cuba dengar balik rakaman wawancara, ada ke sesiapa menyebut soal kata dua, kalau tak ada, kenapa sendiri reka sendiri komen?” 

Rujuk pautan;

https://www.facebook.com/133347436726997/posts/3627319573996415/

7. Annuar seperti masih tidak berpuas hati terhadap Asyraf apabila sejam kemudian masih menyindir dan mengajak Asyraf bersemuka dan menuduh Asyraf ingin ‘menunjuk hebat’.

Nah..saya tayang lagi sekali lagi.. ADA KE SESIAPA SEBUT SOAL “PAS BERI KATA DUA”?.. Kalau tidak ada, kenapa sendiri reka, sendiri komen?.. Nak tunjuk hebat, biarlah bertempat.. Nak sedap lagi, jom FACE TO FACE macam Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Tanya direct!

Rujuk pautan;

https://www.facebook.com/133347436726997/posts/3627405543987818/

8. Bukan hanya di Facebook tetapi beliau juga meluahkannya di laman Twitter, seolah-olah ‘meroyan’ kerana marah betul apabila ditegur.

9. Cara Annuar membalas ini jelas menunjukkan kemarahan malah sangat tidak profesional dengan jawatan beliau sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional dan Muafakat Nasional, sebaliknya terlihat seperti beliau adalah Setiausaha Agung Bersatu ataupun Perikatan Nasional.

10. Persoalannya kenapa Annuar terlalu emosi dan amat angkuh cara beliau menyangkal teguran Asyraf atau sesiapa yang menegur kesilapannya, tiadakah lagi perasaan ukhuwah  atau persaudaraan sesama parti ataupun sudah hilang hatta sekelumit perasaan saling hormat-menghormati? 

11. Seumpama UMNO kini salah dan tidak betul segala-galanya di mata beliau dan seperti beliau sahajalah yang tidak salah dan betul segala-galanya.

12. Tindakan Annuar ini membuktikan apa sahaja yang beliau cakapkan kini hanya kembali memalukan dirinya sendiri dan beliau sepatutnya tahu bila perlu berhenti dari mengeluarkan sebarang kenyataan dan bermuhasabahlah.

13. Cukup-cukuplah dengan sikap ‘pantang ditegur’ dan akan melenting dan menyindir serta-merta. 

14. Jika inilah rancangan Annuar iaitu dalam diam-diam cuba merosakkan hubungan baik antara PAS dan UMNO dalam Muafakat Nasional dengan mewujudkan pertikaian tanpa henti, maka beliau kini hanyalah bebanan buat UMNO dan Muafakat Nasional, malah buat Bersatu juga.

15. Jika beliau masih beralasan menjaga kerjasama antara Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional, jelas dengan tindak-tanduk beliau akhir-akhir inilah yang sebenarnya mampu mengeruhkan keadaan dengan bersikap “lebih sudu dari kuah”. 

16. Tindakan Annuar ini sudah terang lagi bersuluh apa agendanya cuma menunggu masa untuk beliau mengambil langkah seterusnya yang beliau fikir akan menguntungkan Bersatu tetapi sebaliknya hanya akan menyulitkan parti tersebut mengharungi PRU-15.

17. Maka mungkin ada benarlah kata-kata Nur Jazlan bahawa Annuar ‘sudah mati’, iaitu hatinya kini sudah tiada lagi untuk bersama UMNO dan hanya menunggu waktu dan keberanian untuk mengisytiharkannya.

18. Tetapi sementara itu lebih baik Annuar  mencari ‘admin‘ bagi menjaga laman Facebook-nya agar lebih profesional  dan tidak terlalu ‘meroyan’ serta beremosi seperti sekarang.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts