PEMUDA PAS DAN PUSAT DARAH NEGARA ANJUR DERMA DARAH MEGA

122
SHARES
392
VIEWS

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melalui Jabatan Amal Malaysia dengan kerjasama Pusat Darah Negara akan melaksanakan satu program derma darah bersekala besar di seluruh negara yang akan diadakan pada 15 hingga 17 Januari 2021, kecuali Pulau Pinang yang akan diadakan pada 9 Januari 2021 ini.

Program yang diberi nama “Amal Mega Blood Donation 2021” atau ringkasnya AMBD2021 ini akan dilaksanakan di seluruh negara. Ketua Penerangan DPPM, Khairul Nadzir Helmi ketika ditemui berkata, “Pusat Darah Negara dalam perjumpaan bulan lepas telah menyambut baik segala usaha yang telah dilakukan oleh pihak Jabatan Amal”.

Tambah beliau lagi, “Semua tempat menderma darah yang bersesuaian telah dikenal pasti” dan mengharapkan agar perjalanan dan perancangan seterusnya dapat dilaksanakan bagi membantu menaikan kembali tabung darah negara.

Fokus kami adalah bagi menyampaikan maklumat dan pendidikan kepada masyarakat mengenai kepentingan dan kebaikan menderma darah”.

Jika tiada sebarang halangan program di Wilayah Persekutuan akan dilaksanakan pada 16 dan 17 Januari 2020, bertempat di Dewan Kejiranan Prisint 11 Putrajaya dan Pusat darah Negara, Jalan Tun Razak.

Manakala di Selangor 7 tempat sudah dikenal pasti iaitu di Pasaraya TF Value Mart Sungai Besar, Tesco Klang Bukit Tinggi, Tesco Setia Alam 2, Selayang Mall, Tesco Ara Damansara 2, Tesco Jenjarum dan Aeon Big Bandar Tun Hussien Onn. 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman sesawang Pusat Darah Negara atau di Facebook “Jabatan Amal Malaysia (Original)” bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tempat dan tarikh menderma darah bagi negeri lain.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts