Maxis Berhad (Maxis) mengumumkan pelantikan Tan Sri Mokhzani Mahathir sebagai Pengerusi Maxis bagi menggantikan Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda yang telah berkhidmat sejak 2009, berkuatkuasa hari ini.
Mokhzani akan melepaskan peranannya sebagai Pengarah Bebas Kanan dan Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Risiko di Maxis bagi menumpukan tugasan baharu tersebut. Raja Arshad pula akan terus berkhidmat sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Maxis.
Mokhzani mengucapkan terima kasih kepada Raja Arshad atas kepemimpinan, bimbingan dan sumbangan yang sangat tinggi kepada Maxis selama ini.
Sebagai rekod, Mokhzani merupakan pengasas bersama SapuraKencana Petroleum Berhad dan pelaburannya melalui Kencana Capital Sdn Bhd pula adalah merangkumi perniagaan dalam bidang IT, harta tanah, pertanian dan industri makanan serta automotif.