Wajarkah penyokong-penyokong dan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan berpusu-pusu secara tiba-tiba untuk bersolidariti dengan Mohd Fahmi Reza bin Mohd Zarin yang membuat jenaka satira untuk memperlekehkan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong?
Fahmi bukannya penjawat awam yang hadir bertugas di satu rusuhan dan dipukul ganas oleh perusuh-perusuh yang mempertahankan kuil yang dibina atas tanah haram, yang menjadi asbab kepada kematian penjawat awam tersebut.
Anggota bomba arwah Muhammad Adib jika hendak dibandingkan dengan nasib Fahmi ketika ini seumpama langit dengan bumi tetapi Pakatan Harapan galak mempertahan individu yang kerap mencetus isu untuk menaikkan dirinya sendiri dan mungkin tidak lama lagi akan ditawarkan menjadi ADUN atau Ahli Parlimen di mana-mana kerusi Pakatan Harapan pada PRU-15 kelak.
Semua ini hanya ingin memburukkan Institusi DiRaja, tidak ada alasan lain secara ‘berjemaah’ semuanya tiba-tiba hendak bersolidariti dengan Fahmi. Kenapa isu arwah Adib tidak ada seorangpun yang bersolidariti?
Antara arwah Adib dan Fahmi, salah seorang daripadanya langsung tidak dipandang sebelah mata oleh Pakatan Harapan, sementara seorang lagi pula cuba diangkat menjadi hero mereka.
Bahkan arwah Adib tidakpun bersalah, manakala Fahmi pula sengaja mencari masalah. Setidak-tidaknya Fahmi selepas direman masih boleh pulang bertemu keluarga dan bergelak ketawa, namun arwah Adib telah pergi meninggalkan kita selama-lamanya.
Renung-renungkanlah.