PEMILIHAN UMNO BERBEZA DAN RUMIT DARIPADA PILIHAN RAYA UMUM – SHABERY CHEEK

370
SHARES
2.2k
VIEWS

Ada pihak mendesak untuk segera diadakan pemilihan dalam UMNO seolah-olah perkara tersebut semudah pergi ke kenduri kendara, sehinggakan beriya mahu dilakukan segera tanpa mengambil kira situasi pandemik Covid-19 terkini dan kebenaran pihak berkuasa.

Ironinya pihak yang sama jugalah yang beriya sebelum ini mempertahan kerajaan tidak membenarkan Parlimen bersidang walaupun YDP Agong sendiri telahpun memberi perkenan untuk diadakan ketika darurat agar demokrasi tidak ‘dimandulkan’.

Perkara mengenai pemilihan UMNO ini dijelaskan oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dengan berkata bahawa pilihan raya lebih mudah dilaksanakan kerana melibatkan petugas dan penjawat awam terlatih dan lebih mudah untuk SOP dilakukan, sebaliknya pemilihan UMNO perlu dibuat sendiri secara sukarela. 

Ada yang anggap proses pemilihan dalam UMNO sama dengan pilihan raya. Pilihan raya lebih mudah. Pengundi hanya perlu beratur, bawa kad pengenalan dan diberi kertas undi. Pangkah dan pulang. Penjarakan mudah diatur.” 

Pemilihan UMNO mesti bermula dengan mesyuarat agung. Di cawangan dan bahagian. Setiap cawangan dan bahagian ada mesyuarat sayap-sayapnya pulak dan pemilihan untuk jawatankuasanya. Seluruh negara ada 191 bahagian, lebih 21,000 cawangan. Menjadikan jumlah mesyuarat lebih 60,000.”

Pilihan raya umum dikendalikan kerajaan. Pegawai bergaji dan polis boleh dikerahkan untuk membantu. Pemilihan UMNO semuanya dikendalikan oleh orang parti secara sukarela.” 

Beliau turut menerangkan mengenai perbezaan Persidangan Agung UMNO (PAU) 2020 sebelum ini di mana ada yang kata PAU yang besarpun boleh dibuat, apa sangat mesyuarat di cawangan?

PAU baru ni dihadiri hanya kira-kira 800 perwakilan sahaja dari kira-kira 3000 yang sepatutnya hadir. Sekadar cukup korum.” 

Sekiranya ada pemilihan, setiap peringkat tidak boleh lagi sekadar cukup korum. Setiap anggota mesti diundang. Masuk mesyuarat, doa, nyanyi, ucapan, usul dan baru mengundi. Ada cawangan melebihi 2,000 ahli. Tidak semua tempat ada dewan besar.” 

Shabery turut mengingatkan mengenai pandemik ketika ini di mana semua pihak perlu berhati-hati kerana tidak mahu timbul isu kluster baru selepas pemilihan atau kelak akan dikenakan kompaun sehingga RM10 ribu ringgit jika berlaku pelanggaran SOP.

Sebab itu kena minta panduan daripada MKN dan Pendaftar Pertubuhan.

Suasana luar biasa perlu langkah luar biasa.”

Benar seperti saranan Shabery, suasana luar biasa perlu langkah luar biasa, cuma yang perlu UMNO ambil kira dan perhalusi ialah apa sahaja yang berlaku selepas pemilihan UMNO diadakan, jika wujud satu dua kes sahaja sekalipun mereka tetap akan dipersalahkan. Apatah lagi jika melibatkan jumlah yang besar ketika pemilihan yang tentu lebih sukar dikawal. 

Selain itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan ROS juga dijangka tidak mempunyai masalah untuk memberi kelulusan kerana sebelum ini sebegitu banyak acara umum dan aktiviti sosial telahpun dibenarkan. 

Oleh kerana itulah desakan untuk pemilihan diadakan segera ini diragui keikhlasannya daripada awal dan datangnya daripada kumpulan yang sebenarnya hanya ingin melihat UMNO dimusnahkan dengan segera, yang gigih dilakukan sejak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan. Walaupun kerajaan Pakatan Harapan sudah tiada tetapi ‘DNA’nya masih ada sehingga kini dalam Perikatan Nasional. 

Jika tidak dapat ‘hijack‘ UMNO sekalipun, imej UMNO boleh mereka rosakkan demi memberi keuntungan kepada mereka dalam segenap cara. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts