Musim durian tiba lagi. Walaupun dalam musim PKP, jualan durian tetap meriah.
Di media-media sosial, iklan penjualan durian ‘norma baharu’ cukup hebat.
Pesan sahaja di atas talian, durian akan sampai di hadapan pintu rumah anda dengan segera.
Pelbagai jenis durian ada di pasaran. Musang King, IOI, duri hitam (sekadar menyebut beberapa jenis), kini hangat di pasaran.
Harga? Jangan ditanya lebih-lebih, sampai ada netizen melabelkan durian adalah “produk Malaysia, harga Yahudi”.
Nikmat rezeki di Malaysia cukup besar. Mat teruja melihat gelagat orang ramai memuat naik gambar-gambar bergaya sambil menikmati durian.
Namun dalam kita menikmati ‘pesta’ durian, jangan sesekali dilupa kita masih dalam musim PKP.
Segala yang dilakukan, punya sekatan dan peraturan ketika ini. Makan durian tidak salah, yang salah ialah tidak mengikut SOP.
Maka itu, berpada-padalah menikmati ‘Raja Buah’ ini. Jangan memudaratkan diri sendiri.
Beringatlah! Membeli ikut kemampuan dan jangan makan berlebihan. Jika mampu menyumbang, berkongsilah dengan yang memerlukan.
Makan durian tidak menyebabkan kita hilang ingatan. Kita masih mampu untuk mengingati bahawa musim durian ketika ini adalah dalam musim PKP!
Dak Mat: teringat kuih koci inti kelapa perasa durian!
Dak Mat
Melaka