KIBAR BENDERA PUTIH: KERAJAAN WAJAR KETEPIKAN EGO, BANTULAH RAKYAT

131
SHARES
424
VIEWS

Isu rakyat mengibarkan bendera putih kini dipolitikkan. Daripada usaha baik yang dapat membantu rakyat kini ia dilihat seperti cuba disabotaj oleh segelintir pemimpin kerajaan sendiri yang seolah-olah malu apabila bendera tersebut dikibarkan. 

Isu ini turut mendapat perhatian pemimpin muda UMNO yang berpandangan tidak salah untuk rakyat mengibarkan bendera putih kerana jika usaha itu boleh mencegah mudarat yang lebih teruk, ia harus dibuat.

Daripada anak-anak kebuluran di rumah atau bunuh diri kerana tekanan, lebih baik kibarkan bendera putih untuk minta bantuan supaya sesiapa yang boleh bantu dapat hulurkan bantuan segera.” 

“Apalah gunanya ego dan malu jika berdiam dengan kesengsaraanIsham Jalil. 

Menurut Isham, semasa beliau mengetuai NGO Sukarelawan Malaysia, beliau telah bertemu dengan ramai dalam kalangan rakyat yang hidupnya susah.

Di Malaysia ini memang masih ramai orang susah, dan di kala wabak COVID-19 dan PKP ini, jumlah mereka semakin bertambah.” 

Dan kerajaan juga perlu ketepikan ego mereka apabila rakyat kibarkan bendera putih.” 

Menurut beliau lagi, kerajaan sepatutnya menjadi mereka yang pertama memberi bantuan kepada sesiapa sahaja yang mengibarkan bendera putih, bukan meminta mereka  menurunkannya kerana kerajaan malu lantas menuduh tindakan tersebut sebagai propaganda.

Rakyat yang sengsara ini benar, tiada siapa yang ingin kibar bendera putih untuk mohon bantuan jika mereka tidak benar-benar tertekan dan tiada arah.” 

Isham turut menasihati kerajaan agar ketepikan ego dan segera membantu rakyat.

Justeru pemimpin-pemimpin ini perlulah pandai untuk membezakan antara rakyat yang susah dan mereka yang ingin menolak kerajaan melalui kempen bendera putih. 

Mereka sepatutnya menyambut baik usaha ini dan mencabar diri sendiri untuk memastikan tiada sebuah rumahpun yang mengibarkan bendera putih dan tiada seorangpun yang kelaparan di kawasan yang mereka wakili. 

Jika tidak mampu mencontohi Saidina Umar Al Khattab R.Anhu ketika menjadi Khalifah sekalipun, di mana setiap malam beliau akan ke seluruh Madinah untuk mengetahui sendiri hal ehwal rakyatnya dan jika ada yang memerlukan bantuan, maka cukuplah pemimpin-pemimpin Islam kita bersangka baik dengan sesiapa sahaja, permudahkanlah dan jangan mereka disusahkan.

Cukuplah satu hadis untuk dijadikan peringatan iaitu daripada Anas R.Anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Berikanlah kemudahan dan janganlah kamu sekalian menyusahkan, berilah kegembiraan dan janganlah kamu sekalian membuat orang lari.” (Muttafaqun ‘alaih) 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts