KERAJAAN UMUM iTEKAD BANTU GOLONGAN MISKIN, ASNAF

335
SHARES
2k
VIEWS

YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan supaya diperluaskan program iTEKAD dengan geran daripada Kerajaan sebanyak RM10 juta dipadankan dengan dana bank serta zakat, semalam. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan membantu golongan asnaf dan miskin muncul sebagai usahawan mikro berjaya.

Beliau  berharap warga Malaysia yang selama ini mempunyai niat untuk memulakan perusahaan sendiri, namun tidak mempunyai akses kepada kemudahan pembiayaan perbankan, dapat memanfaatkan inisiatif iTEKAD sebagai titik permulaan kehidupan baharu yang bermartabat.

Menurut YAB Perdana Menteri nilai kesaksamaan merupakan acuan utama dalam pengadunan Ekonomi MADANI. Kemiskinan tidak patut menjadi penghalang kepada impian untuk memanjat tangga sosial dan tidak boleh menjadi beban yang diwarisi turun-temurun.

Beliau turut menyeru kepada organisasi pelabur sosial dan filantropi, syarikat korporat, agensi atau syarikat berkaitan kerajaan, individu dan kelompok masyarakat yang mempunyai keupayaan dan keinginan untuk membantu usahawan mikro agar dapat mempertimbangkan idea untuk menjadi sebahagian daripada usaha inovatif iTEKAD ini.

Semoga segala inisiatif yang dilakukan bagi menjamin dan membela kehidupan rakyat ini dapat diteruskan Insya-Allah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts