KLANG 9 Julai – Polis mengeluarkan dua kompaun bernilai RM50,000 ke atas dua majikan yang didapati menjalankan operasi di premsi mereka tanpa kebenaran MITI.
Dalam Op Patuh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenterama Awam (KDNKA) itu, polis turut mengeluarkan saman kepada majikan terbabit kerana gagal memastikan pekerjanya mematuhi SOP dengan memakai pelitup mulut dan hidung.
Dua kompaun RM50,000 itu melibatkan premis barangan lusuh dan premis memproses semula sarung tangan, kedua-dua terletak di Kapar.
Manakala saman yang dikeluarkan kepada majikan kerana gagal memastikan pekerjanya mematuhi SOP melibatkan premis palet plastik di Bandar Sultan Suleiman.
Di samping itu, polis turut mengeluarkan saman kedua ke atas seorang warga tempatan kerana didapati bekerja tanpa kebenaran di premis barangan lusuh.
Operasi bersepadu itu melibatkan gabungan anggota dari Pasukan Simpanan Persekutuann (PSP), Pasukan Gerakan Am (PGA), tugas am dan juga Unit Udara PDRM yang memantau dari ruang udara .
Timbalan Komander PSP Bukit Aman, Asisten Komisioner Rosman Kasman memberitahu, pihaknya menerima maklumat awam mengenai operasi tiga premis berkenaan dan telah melakukan serbuan dan pemeriksaan mengejut.
“Op Patuh ini melibatkan anggota PSP, PGA, anggota tugasan am dan Unit Udara PDRM yang menjalankan pemantauan dari ruang udara.”
“Melalui operasi di darat dan udaran ini polis dapat memastikan tiada orang yang dapat lolos dari pemeriksaan polis,” katanya.
Menjawab pertanyaan, Rosman melahirkan rasa kesal kerana masih terdapat majikan menjalankan operasi di premis mereka tanpa kebenaran MITI.
“Selagi ada majikan sedemikan menyebabkan kita sukar untuk mengawal penularan Covid-19,” katanya.