YAB PERDANA MENTERI GESA TINGKAT TATAKELOLA BASMI KETIRISAN, PEMBAZIRAN

333
SHARES
2k
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Jabatan dan Agensi Penguatkuasa yang berhubungan dengan jenayah kewangan petang tadi.

Ini merupakan susulan daripada pertemuan pada 17 Ogos yang lalu. Sesi dialog ini dihadiri oleh 22 Ketua Jabatan dan Agensi Penguatkuasa.

YAB Perdana Menteri menekankan bahawa agenda untuk meningkatkan tatakelola akan diteruskan. Perkara ini merupakan faktor penting dalam menghapuskan ketirisan dan pembaziran, serta menarik pelaburan dan meningkatkan persekitaran perniagaan, malah menjaga keselamatan rakyat dan sempadan negara.

Adalah dianggarkan negara mengalami kerugian hasil sebanyak RM5 bilion setahun manakala jenayah kewangan yang menyumbang kepada ekonomi bayangan menyebabkan kehilangan hasil cukai yang dianggarkan sebanyak RM70 bilion setahun.

Memandangkan trend jenayah kewangan yang semakin kompleks, beliau mengarahkan kesepaduan dan kerjasama Agensi Kerajaan dengan lebih proaktif dan efektif.

Amalan perundangan berkaitan pengurusan aset yang disita dan dilucut hak akan ditambah baik sejajar dengan tadbir urus terbaik antarabangsa. NFCC perlu menambahbaik operasi pemantauan untuk memastikan usaha ini terus dipertingkatkan

YAB Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada semua anggota agensi yang terus bertungkus lumus untuk memerangi dan menumpaskan jenayah ini. Beliau juga menyeru kerjasama dan penglibatan rakyat untuk turut serta dalam usaha ini.

Adalah menjadi harapan besar buat kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia agar kesemua warga dan anggota Agensi meneruskan usaha murni ini dan melaksanakan amanah dengan penuh integriti demi mengangkat martabat negara.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts