• Mengenai ED
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Hantar Artikel
Tuesday, September 26, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
Editor Malaysia
No Result
View All Result

KENAPA ZAHID, PEMIMPIN UMNO MASIH BERDIAM DIRI?

Isu kebocoran memo dalaman Pejabat Peguam Negara yang membuktikan penganiayaan, ketidakadilan terhadap Najib ini sepatutnya dibela habis-habisan

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
August 23, 2023
in Khas, Semasa
0
KENAPA ZAHID, PEMIMPIN UMNO MASIH BERDIAM DIRI?
22
SHARES
239
VIEWS

1. Sukar difahami kenapa pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO terutamanya Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi masih diam menikus dalam isu kebocoran memo dalaman Jabatan Peguam Negara yang jelas menunjukkan bahawa bekas Perdana Menteri keenam Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak tidak sepatutnya didakwa

2. Maklumat ini sepatutnya menjadi ‘peluru’ percuma buat UMNO untuk menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpinnya selama ini bukan sahaja diadili secara tidak adil malah pendakwaan sengaja menganiaya mereka

3. Zahid yang juga didakwa dengan 47 dakwaan sepatutnya bijak menggunakan isu ini untuk menunjukkan bahawa beliau juga terpalit dengan isu penganiayaan seperti Najib namun malangnya disia-siakan

4. Apa yang lebih menakutkan ialah Perikatan Nasional yang turut bertanggungjawab memenjarakan Najib kini mahu menjadi hero pula kononnya memperjuang nasib Najib

5. Apatah lagi Tun Mahathir yang bertanggungjawab menganiaya Najib sepanjang 22 bulan pemerintahannya bersama Tommy Thomas, kini telahpun bersekongkol dengan Perikatan Nasional kononnya untuk menyelamatkan Melayu

6. Ini bakal melemahkan terus UMNO, yang kini diserang kiri dan kanan oleh kumpulan pro-Najib dan kumpulan anti-Zahid yang pro Perikatan Nasional

7. Sepatutnya Zahid membela Najib apatah lagi memo dalaman yang dibocorkan itu jelas menunjukkan beliau tidak bersalah, pendakwaan langsung tiada merit untuk mendakwanya

8. Jika dalam hal Lim Guan Eng dan DAP, secepat kilat Zahid boleh membelanya tetapi kenapa dalam hal Najib beliau hanya mendiamkan diri sehingga kini? 

9. Bukankah tindakan beliau ini bakal melemahkan Kerajaan Perpaduan kerana penyokong-penyokong Najib semakin menjauhkan diri dan kumpulan anti Zahid yang pro Perikatan Nasional boleh mengambil kesempatan? 

10. Justeru Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar menegur tindakan Zahid ini yang bakal menjejaskan sokongan rakyat terhadap beliau sendiri serta dikhuatiri merugikan Kerajaan Perpaduan untuk jangka masa panjang

11. Nasihat kepada Zahid dan pemimpin-pemimpin UMNO yang masih mendiamkan diri, jika tidak mahu mengikuti jejak langkah Najib maka berusahalah perbaiki UMNO dengan memulihkan dahulu hubungan dengan Najib dan kumpulannya

12. Jika masih berdegil maka teruskanlah menutup mata dan telinga walaupun penganiayaan dan ketidakadilan terhadap Najib terpampang jelas di depan mata

13. Kelak diri sendiri pula akan ke penjara dengan sekelip mata apabila Perikatan Nasional kembali berkuasa

Jika tidak mahu percaya, tunggu sahajalah. 

Tags: AniayaKerajaan PerpaduanNajibPenjaraUMNOZahid
Previous Post

KERAJAAN IMBANGI DDI DAN FDI, RANGSANG PEMBANGUNAN LESTARI, SEIMBANG

Next Post

YAB PERDANA MENTERI GESA TINGKAT TATAKELOLA BASMI KETIRISAN, PEMBAZIRAN

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

PERBETULKAN SEGERA PERNAS

PERBETULKAN SEGERA PERNAS

September 19, 2023
NASIB BANGSA MELAYU DI MASA HADAPAN – DR. RAMALAN YUNUS

NASIB BANGSA MELAYU DI MASA HADAPAN – DR. RAMALAN YUNUS

September 12, 2023
BUKTI BAHARU SENTIASA DITOLAK, KHILAF DALAM PENGHAKIMAN

BUKTI BAHARU SENTIASA DITOLAK, KHILAF DALAM PENGHAKIMAN

September 12, 2023
DEAL ATAU DUEL? – DR. RAMALAN YUNUS

DEAL ATAU DUEL? – DR. RAMALAN YUNUS

September 10, 2023
SEGERAKAN PENUBUHAN RCI – DR. RAMALAN YUNUS

SEGERAKAN PENUBUHAN RCI – DR. RAMALAN YUNUS

September 6, 2023
TAPAK KEBANGKITAN BANGSA NUSANTARA – DR. RAMALAN YUNUS 

TAPAK KEBANGKITAN BANGSA NUSANTARA – DR. RAMALAN YUNUS 

September 5, 2023

Mengenai ED

Hubungi Kami

Pengiklanan

Penafian

Hantar Artikel

Copyright © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In