MAJLIS RAJA-RAJA BERMESYUARAT, SULTAN JOHOR DIISYTIHAR YDP AGONG KE-17

82
SHARES
265
VIEWS

1. Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja akan berlangsung hari ini di Istana Negara pada jam 10 pagi bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang baharu.

2. Persidangan khas ini diadakan susulan tempoh lima tahun penggal pemerintahan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-pertuan Agong ke-16 bakal tamat pada 30 Januari depan.

3. Al-Sultan Abdullah melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januai 2019 setelah dipilih pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja yang berlangsung pada 24 Januari tahun yang sama.

4. Menurut Seksyen 2, Bahagian 1, Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja hendaklah menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang layak dipilih yang negerinya ialah yang pertama dalam senarai pemilihan.

5. Sekiranya Raja tersebut menolak, maka proses pengundian semula akan mengambil tempat dengan mencalonkan Raja yang kedua dalam senarai kekananan yang layak dipilih utnuk diundi dan mengikut penggiliran pertama bermula tahun 1957 sehingga 1994, kekananan dari segi tempoh pemerintahan adalah bermula dari Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.

6. Malaysia adalah salah sebuah dari 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan satu-satunya negara yang mengamalkan sistem penggiliran dalam kalangan sembilan Raja Melayu.

7. Sehubungan itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar diisytihar sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-17 bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari tahun depan.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts