BANGSA JOHOR TOLAK 3R, TIDAK TERPEDAYA ‘FATWA’ POLITIK SONGSANG

349
SHARES
2.1k
VIEWS

Pilihan Raya Kecil di negeri Johor iaitu di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram bakal memperlihatkan pertembungan antara “fatwa politik” ekstrem dan pentaksub melawan sikap rasional rakyat di negeri selatan itu.

Jelas sentimen 3R terus dimainkan namun rakyat di negeri Johor tetap rasional menolaknya. Pentaksub parti yang percaya bulat-bulat dengan fatwa politik pemimpin-pemimpin mereka walaupun salah dan bertentangan dengan agama, tetap memainkan isu kononnya kerajaan hari ini merugikan Islam dan Melayu.

Hakikatnya ini semua hanyalah mainan persepsi dari pentaksub politik  yang gagal dimainkan di negeri Johor. Mereka tahu Islam dan Melayu lebih terancam di zaman Tun Mahathir dan Pakatan Harapan 1.0 berbanding PH-BN di bawah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Malah ketika itu, YDP Agong dan Raja-raja Melayu sendiri murka dengan tingkah laku kerajaan pimpinan Tun Mahathir yang sengaja mahu mencabar kuasa Raja-raja Melayu di negara ini melalui cubaan meratifikasi ICERD dan Statut Rom.

Jangan lupa Menteri Dalam Negeri ketika itu ialah Tan Sri Mahiaddin Yassin yang mengeluarkan ‘fatwa’ politik songsang dan Menteri-menterinya ketika itu juga ada dalam kalangan pemimpin-pemimpin Bersatu.

Hakikatnya mereka inilah yang kini asyik melaungkan demi Melayu, demi Islam kononnya ia kini tergugat, namun realitinya merekalah yang sebenarnya dari awal memperjudikan nasib agama Islam dan bangsa Melayu, termasuklah ingin mengikis kuasa Raja-raja Melayu di negara ini.

Apabila tersepit barulah isu Melayu Islam tergugat ini dimainkan kembali sebagai retorik politik bagi meraih undi.

Justeru syabas rakyat atau bangsa Johor, teruskan menolak sentimen 3R, nyahkan parti hipokrit yang mempromosikan fatwa politik ekstrem yang bertentangan dengan agama.

Abaikan pentaksub yang terpedaya, doakan agar Allah Taala sedarkan mereka dan akhirnya mampu membezakan yang mana agama dan yang mana parti politik yang hanya pandai menunggang agama.

Bagi pemimpin-pemimpin mereka pula, semoga Allah Taala beri taufik dan hidayat agar tahu dosa dan pahala, serta tidak lagi memperguna agama semata-mata untuk kepentingan diri dan parti sendiri.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts