Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam hari ini mengkritik keras Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kes mahkamah Presiden UMNO dan menyifatkan beliau sebagai penipu.
Lokman berkata, “Kita minta cepatkan PRU dia cepatkan kes Presiden pula, memang dasar penipu“. Rujuk kenyataan beliau di pautan;
https://www.facebook.com/lokmannooradam/videos/653724699545012/?d=n
Tambah beliau, di kala Ismail Sabri memberikan jaminan kepada MKT UMNO bahawa beliau akan mengadakan pilihan raya dalam tahun ini, dalam masa yang sama gerakan untuk menyegerakan pemenjaraan Presiden parti pula dijalankan.
“Hari ini Peguam Dato Sri Zahid menerima surat arahan daripada Jabatan Peguam Negara meminta supaya kes Dato’ Sri Zahid disegerakan dan kes 1MDB Dato’ Sri Najib dikemudiankan.”
“Mentang-mentanglah Dato’ Sri Najib sudah ke penjara, bersungguh benar dia (Ismail) mahu mempercepatkan kes Dato’ Sri Zahid pula.”
“Apa nak jadi dengan negara ini? Lagi lambat kita bubar Parlimen, macam-macam lagi akan berlaku.“
Kemarahan dan ketidakpuasan hati Lokman dan majoriti akar umbi amat berasas. Ini kerana apabila beliau melengahkan pembubaran Parlimen, selain dilihat sebagai langkah politik Ismail Sabri mahu kekal berkuasa, ia juga membuatkan Pakatan Harapan semakin kuat.
Jika UMNO-Barisan Nasional gagal menang di PRU-15 kelak, semua pihak tentunya akan menuding jari kepada beliau. Ketika itu usahkan tidak dapat menjadi Perdana Menteri, akar umbi UMNO pula pasti akan menghukum Ismail Sabri.