Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA) semalam, suhu di seluruh negara dijangka mencatat bacaan tertinggi setakat tahun ini.
Menurut JMA, berlakunya fenomena Foehn di mana angin panas dari pergunungan akan mendorong peningkatan suhu yang menyebabkan bacaan suhu meningkat. Ini akan mengakibatkan cuaca kering di sebahagian besar kawasan Pasifik, timur dan utara Jepun, seperti dilaporkan Xinhua.
Menurut JMA lagi, fenomena cuaca panas melampau pada siang hari ini dijangka mencecah sehingga 36 darjah Celsius di sekitar Maebashi Prefektur Gunma dan 35 darjah Celcius di bandar Chichibu Wilayah Saitama.
Sehubungan itu, agensi tersebut menyeru orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga berdepan cuaca panas melampau dan strok haba yang dijangka melanda negara matahari terbit itu pada bila-bila masa.