Presiden Rusia Vladimir Putin berkata konflik di Nagorno-Karabakh sedang memulih dan menuju ke arah penyelesaian. Beliau berkata demikian dalam pertemuan tiga hala pada hari Khamis dengan Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev dan Perdana Menteri Armenia Nikol Pashinyan di Moscow.
“Secara umumnya, pada pandangan saya, walaupun terdapat kesulitan dan masalah yang masih belum dapat diselesaikan, keadaan masih dilihat positif dan menuju ke arah penyelesaian.“
Presiden Rusia itu juga menyatakan bahawa Aliyev dan Pashinyan secara dasarnya bersetuju isu tersebut boleh diselesaikan. Sebahagian besar masalah yang dikatakan sebenarnya tidakpun wujud dan hal ini hanya berkaitan isu teknikal semata-mata, kata Putin.
Dalam mesyuarat tiga hala tersebut, yang menyaksikan Putin mengadakan rundingan berasingan sebelum ini dengan pemimpin Azerbaijan dan Armenia, berakhir selepas kira-kira 20 minit.
Tidak lama selepas itu, Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexei Overchuk membuat kenyataan bahawa Naib Perdana Menteri Rusia, Armenia dan Azerbaijan akan membincangkan prosedur menyeberangi sempadan semasa mesyuarat minggu depan di Moscow.
“Secara khusus, kami hanya akan bercakap mengenai susunan penyeberangan dan apa prosedurnya,” kata Overchuk kepada pemberita, seperti yang dilapor agensi berita Sputnik.
Dalam perkembangan terkini, kerajaan Armenia mendedahkan mereka bersedia menimbangkan untuk mengiktiraf wilayah yang dipertikaikan itu sebagai kawasan Azerbaijan sekiranya hak dan keselamatan etnik Armenia di kawasan itu terjamin.