RM65 BILION BANTUAN KESELAMATAN SUDAH DITERIMA UKRAINE

67
SHARES
215
VIEWS

Menurut Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Lloyd Austin, secara keseluruhannya negara-negara yang menyokong dan membantu Ukraine telah memberikan hampir $65 bilion bantuan keselamatan kepada negara tersebut. 

Ini termasuk rancangan terkini yang ditangguhkan Washington sebelum ini iaitu menyokong penyediaan pesawat perang canggih termasuk F-16 ke Ukraine, termasuk melatih juruterbang mengendalikan pesawat pejuang generasi keempat itu dan penyelenggaraannya. 

Amerika Syarikat berkata dana mungkin diwujudkan untuk bantuan kewangan bagi negara yang tidak mempunyai keupayaan untuk membantu secara langsung sama ada melalui latihan, penyelenggaraan atau pengekalan.

Jelas melalui negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya, walaupun perang namun perniagaan berkaitan perkhidmatan dan bantuan keselamatan tetap boleh dijalankan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts