Johor Bahru – Pameran SAUH: 4 Pelukis 4 Negara anjuran Yayasan Warisan Johor (YWJ) berjaya menyatukan 35 hasil karya seni empat pelukis dari negara yang berbeza.
Kesemua pelukis tersebut ialah Norazlan Ahmad dari Malaysia; Abu Jalal Sarimon (Singapura), Khalil Zuhdy Lawnaraian (Indonesia) dan Pengiran Abd. Wahab Hassan Al Abbas (Brunei).
Pameran julung kali diadakan bertempat di Galeri Seni Johor, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, di sini, itu berlangsung bermula 11 Jun hingga September depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar berkata, penganjuran pameran itu menjadi langkah terbaik meningkatkan potensi Galeri Seni Johor.
โGaleri sebenarnya merupakan destinasi pelancongan yang menawarkan pelbagai informasi bermanfaat khususnya ilmu yang berteraskan sejarah, budaya dan seni visual.”
โSaya yakin dan percaya melalui program pengantarabangsaan pameran seperti ini kelak akan berupaya memperkasa sektor kesenian secara lestari,โ katanya sempena majlis perasmian pameran tersebut. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah YWJ, Sharil Nizam Abdul Rahim selaku wakil rasmi.
Turut hadir, Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Azhar Mokhtar dan Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka, Fadhilah Md. Salleh.
Selain itu, Raven Kumar berkata, penganjuran pameran dengan penglibatan pelukis itu juga menjadikan hubungan antara negara menjadi lebih jitu dalam sektor seni dan budaya.
Keempat-empat pelukis itu digabungkan dalam satu pameran kerana mempunyai kecenderungan sama dalam mengangkat nilai budaya dan sejarah serantau dalam karya masing-masing.
Mereka memiliki inspirasi yang sama walaupun dari negara berbeza malah persamaan tersebut wujud secara alami melalui perkaitan budaya dan sejarah.
Dipetik dari laman web Media Digital Johor di pautan; https://mediadigitaljohor.gov.my/35-karya-seni-diketengahkan-4-pelukis-dalam-pameran-sauh/?fbclid=IwAR0jpdEqdujX4F313MdlEo7KvVMb7cjS1Uasrg0AqveaFTPtVttjcg0iBSI