PAS TIDAK KISAH IMEJ TERJEJAS TERIMA PEMIMPIN KHIANAT YANG DIPECAT?

341
SHARES
2k
VIEWS

PAS yang selama ini mendabik dada kononnya memperjuangkan Islam dan mempromosikan politik matang dan sejahtera kini tidak lagi boleh mahu berlagak ‘suci’ apabila menerima pemimpin-pemimpin UMNO yang dipecat.

Naratif pemimpin-pemimpin UMNO ini kononnya mereka ini setia tetapi dipecat kerana “anti Zahid” sedangkan satu dunia tahu mereka ini taat kepada Presiden dan parti lain yang memberi penyogokan politik “scheme of things“. Malah pemimpin-pemimpin PAS sendiri terjebak sehingga sanggup khianat meninggalkan UMNO dan Muafakat Nasional untuk bersama Bersatu dan Perikatan Nasional.

Dengan alasan yang tidak masuk akal kononnya demi penyatuan ummah walaupun jumlah ahli UMNO berpuluh kali ganda lebih ramai dari Bersatu, tetapi mempunyai dana berpuluh ganda lebih besar dari UMNO. 

Maka tidak menghairankan apabila PAS menerima pemimpin khianat UMNO yang dipecat kerana mereka sendiri sudah biasa mengkhianati pihak lain demi kuasa dan dana besar. Walaupun ada hadis mengenai tiga sifat munafik iaitu jika berkata-kata dia berdusta, jika berjanji dia mungkiri dan jika diberi amanah dia khianat.

Jelas PAS ‘mengamalkan’ ketiga-tiganya kerana telah berdusta, memungkiri janji dan khianat untuk bersama-sama UMNO dalam Muafakat Nasional. Namun untuk mengatakan mereka munafik hanya Allah SWT yang tahu.

Kecuali PAS, sehingga mengkafirkan orang lainpun mereka sanggup lakukan walaupun ada hadis mengatakan siapa yang kata seorang Islam lain itu sebagai kafir maka dialah yang kafir.

Justeru, elok benarlah “pemimpin-pemimpin khianat” berkumpul di satu tempat termasuk pemimpin yang jam tangannya sahaja sudah berharga hampir satu juta ringgit.

Ini kerana yang batil akan keluar atau dikeluarkan dan akhirnya akan berkumpul bersama-sama yang batil. Kini kita tunggu sepuluh pengkhianat yang lain (yang digelar panglima) menyertai Perikatan Nasional. 

Hakikatnya yang tidak khianat dan masih mahu Muafakat Nasional dihidupkan tetap berada bersama kumpulannya – walaupun disindir dengan pelbagai gelaran binatang, difitnah dan ditohmah oleh mereka yang kononnya memperjuang Islam.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts