KHUTBAH JUMAAT: WASPADA FITNAH

81
SHARES
260
VIEWS

1. Dalam keadaan maklumat diperoleh di hujung jari, setiap berita harus ditapis dan dipastikan dengan mengamalkan sikap ‘tabayyun’ terlebih dahulu dalam memastikan kesahihan sesuatu berita yang disampaikan. Menerima berita secara membuta tuli atau dengan hati yang penuh benci dan dendam amat dilarang dalam agama.

2. Fitnah adalah punca kegagalan kesatuan ummah dan menggagalkan pembinaan tamadun mengikut acuan Islam. Ia mengundang kemurkaan Allah SWT malah merupakan salah satu dari dosa-dosa besar.

3. Berjaga-jagalah dengan fitnah paling berbahaya pada zaman ini, iaitu fitnah yang bersifat samar-samar atau tidak jelas (fitnah syubhat), yang akan merosakkan ilmu dan keyakinan seseorang itu sehingga menjadikan perkara makruf menjadi samar dengan kemungkaran, sementara kemungkarannya sendiri tidak dihindari.

4. Fitnah syubhat membawa kepada persepsi kekafiran dan kemunafikan yang boleh menjadi asbab kepada perpecahan.

5. Pada zaman ini, fitnah berlegar di segenap media massa dan platform. Justeru jangan jadi penyebar fitnah. Tetapi jadilah manusia yang membawa berita benar.

Sumber: Khutbah Jumaat 8 September, JAIS

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts