PAS IBARAT KAIN BURUK PENGELAP TAHI DI KAKI

344
SHARES
2k
VIEWS

Isu pemimpin-pemimpin PAS suka mengumpamakan orang lain dengan pelbagai gelaran termasuk binatang ini bukanlah perkara baharu. Budaya takfir-mentakfir atau kafir-mengkafir juga biasa bagi mereka. Tidak ‘bertabayyun’ sehingga memfitnah juga sudah banyak kali dilakukan bahkan sudah menjadi sebahagian dari ‘amalan’ rutin PAS. 

Apatah lagi setakat memperlekeh UMNO-Barisan Nasional sebagai “ibarat kain buruk pengelap kaki basah DAP” oleh Ketua Pemuda Perikatan Nasional Ahmad Fadhli Shaari Shaari tidakpun mengejutkan kerana Presiden PAS Haji Hadi sendiri mengamalkan bahasa kasar yang dizahirkan melalui ‘minda’nya. 

Isu PAS “bermulut longkang” Ini juga biasa disindir oleh ramai pemimpin-pemimpin lain yang malu melihat telatah PAS yang konon memperjuangkan Islam tetapi tidak tahu berakhlak mulia. 

Ini mungkin kerana PAS tidak pernah berjumpa hadis mengenai perintah berakhlak mulia sepanjang hidup mereka dan hadis larangan menyakiti hati orang lain kerana bagi mereka hanya pemimpin mereka sahaja yang betul walaupun ada yang terbukti membuat dosa besar memfitnah. 

Bagi mereka, akhlak mulia ini hanya untuk orang lain tetapi bagi mereka tidak mengapa. Juga menyemak berita atau bertabayyun hanya perlu diamalkan orang lain selain mereka. Bagi PAS, mereka sentiasa ada alasan dan ‘kambing hitam’ untuk melakukannya. 

Oleh kerana itulah apabila ‘kantoi’ memfitnah sehingga disaman atau terpaksa meminta maaf, sikap pemimpin-pemimpin PAS tetap tidak berubah. Penyokong-penyokong mereka juga mudah ditipu dengan memperguna agama, ayat Al-Quran dan hadis hanya diambil sebahagian dan sebahagian lagi disorokkan.

Wala’ dimandatorikan walaupun pemimpin-pemimpinnya terbukti salah menyebabkan penyokongnya sukar membezakan antara betul dan salah, antara haq dan batil – kerana kerap dimomokkan dengan wala’ yang mengelabui fikiran.

Justeru, jika UMNO-Barisan Nasional mahu diibaratkan seperti kain buruk mengelap kaki basah DAP, PAS yang ‘menunggang agama’ boleh diibaratkan seperti kain buruk mengelap tahi di kaki. Ini kerana kaki tetap juga kotor dan berbau busuk apatah lagi kain buruk yang mengelapnya.

Jijik, kotor dan wajar dibuang.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts