PERSEPSI KERAJAAN TUMBANG OGOS INI CETUS KEBIMBANGAN PELABUR

341
SHARES
2k
VIEWS
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, persepsi yang dimainkan bahawa kerajaan akan tumbang selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak telah mencetus kebimbangan dalam kalangan pelabur asing untuk melabur di negara ini.
Jelas beliau, ada pelabur masih ragu-ragu dan seperti dalam keadaan “tunggu dan lihat” apabila kestabilan Kerajaan Perpaduan diragui kerana wujud dakwaan ia akan ditumbangkan pada bulan Ogos ini. 
Ada orang kata Ogos ini mungkin Anwar akan dijatuhkan, jadi tunggu Ogos dulu. Ada baiknya, iaitu lebih yakin dengan saya daripada mereka.”
Dia kata kalau Anwar masih memimpin dan kerajaan masih stabil, dia lebih yakin. Kalau ganti orang lain, dia tarik balik.
Perdana Menteri juga kata perkara tersebut menimbulkan sedikit masalah kepada ekonomi namun terpaksa beliau jelaskan kepada rakyat. Beliau dipetik berkata demikian dalam program Temu ANWAR di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, semalam. 
Sebagai rekod, walaupun PRN kelak didominasi atau dikuasai oleh pembangkang namun ia tetap sukar untuk menjejaskan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana wujud perjanjian antara 148 Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan dan ‘diikat’ dengan undang-undang.
Sungguhpun begitu kumpulan terdesak dalam kalangan pembangkang akan tetap meneruskan usaha mereka untuk “menebuk atap” walaupun Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah bertitah untuk memastikan kestabilan kerajaan dikekalkan. 
Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts