PH MENANG 2-0 DI PARLIMEN PULAI, DUN SIMPANG JERAM

77
SHARES
247
VIEWS

Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan penguasaan di Parlimen Pulai dan kerusi DUN Simpang Jeram apabila calon masing-masing, Suhaizan Kayat dan Nazri Abdul Rahman menang di kedua-dua kerusi yang ditandingi.

Ini sekali gus meranapkan impian Perikatan Nasional untuk memecahkan dua pertiga penguasaan PH-BN di Parlimen, walaupun pelbagai ‘fatwa’ politik songsang telahpun dikeluarkan.

Suhaizan disahkan menang di kerusi Parlimen Pulau dengan majoriti 18,641 undi manakala Nazri pula memperoleh majoriti 3,514 undi.

Suhaizan yang juga bekas Speaker DUN Johor meraih 48,283 undi menewaskan Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional dengan 29,642 undi dan Samsudin Mohamad Fauzi yang bertanding sebagai calon Bebas hanya meraih 528 undi.

Nazri Abdul Rahman, yang juga Timbalan Ketua Amanah Bakri memenangi kerusi DUN Simpang Jeram dengan memperoleh 13,844 undi, menewaskan Dr Mohd Mazri Yahya daripada Perikatan Nasional yang memperoleh 10,330 undi serta S Jeganathan yang bertanding atas tiket Bebas memperoleh 311 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts