PERDANA MENTERI BANGKITKAN KEPERLUAN KURIKULUM BAHARU LIBAT TEKNOLOGI AI, IoT DI USIM

335
SHARES
2k
VIEWS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan keperluan kewujudan kurikulum baharu seperti teknologi digital, kecerdasan buatan (AI) dan penggunaan internet pelbagai benda (IoT) ketika program ‘Temu Anwar’ di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai semalam.

Menurutnya, perkara ini mustahak jika Malaysia benar-benar bersedia untuk menjadi negara kelas pertama untuk menyesuaikan diri dengan perubahan serta peredaran teknologi dunia semasa.

Beliau meletakkan harapan terhadap graduan negara yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang tersebut bakal mendapat peluang di dalam industri berdasarkan permintaan semasa.

Dalam majlis yang sama, Perdana Menteri juga ditanya kewujudan sebuah hospital universiti buat pelajar perubatan USIM seperti mana kemudahan yang dimiliki oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan memaklumkan ia sedang diteliti kerajaan atas keperluan mendesak selain membabitkan kualiti kediaman para pelajarnya.

Menjadi harapan kerajaan agar masa depan anak bangsa yakni bakal pemimpin negara satu hari nanti ini bakal terjamin dengan penuh gemilang.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts