Diharapkan Nik Nazmi cerdik sedikit berbanding Rafizi dan segera ‘move on’ selepas kalah
Seorang lagi Menteri yang mengikut jejak langkah Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad, mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuatkuasa 4 Julai 2025.
Beliau juga seperti Rafizi, mengumumkan akan bercuti bermula esok hingga 3 Julai 2025. Nik Nazmi yang dikenali daripada kem Rafizi, kononnya kumpulan yang mahukan pembaharuan dalam PKR, turut kecundang seperti Rafizi dalam pemilihan parti tersebut. Nik Nazmi gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden pada pemilihan kali ini serta lebih awal tewas dalam saingan di peringkat cabang.
Dengan momentum penolakan akar umbi dan cabang terhadap kem Rafizi, yang sejak hari berkempen kerap memainkan sentimen kononnya mereka disabotaj, undian atas talian yang tidak telus dan bermacam lagi tuduhan terhadap Presiden dan parti sendiri, jelas menunjukkan mereka kini tidak lagi dipercayai.
Ini terhasil dari kegagalan masing-masing yang boleh dilihat rakyat terutamanya ahli-ahli PKR sendiri yang melihat mereka hanya pandai beretorik, kerap mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati rakyat serta tidak tahu membuat kerja namun pandai menyalahkan pihak lain.
Justeru hakikatnya Nik Nazmi menjadi mangsa terbaharu ‘permainan’ licik Rafizi dan terpaksa meletak jawatan akibat hilang kepercayaan ahli-ahli parti sendiri. Diharapkan Nik Nazmi cepat sedar dan tidak bertindak melulu seperti Rafizi yang cuba memainkan emosi rakyat kononnya beliau dianiaya dalam pemilihan parti.
Lebih cepat bermuhasabah dan sedar bahawa anda sudah ditolak, adalah lebih baik. Cukup-cukuplah menyalahkan orang lain atas kegagalan diri sendiri.