Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto memberi penghargaan dan memuji kecekapan Malaysia dalam menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Prabowo berkata, “Bagus! Bagus!” sambil menunjukkan tanda bagus bagi menggambarkan penghargaan dan keyakinan beliau terhadap kemampuan Malaysia selaku tuan rumah.
Beliau memberikan penghargaan tersebut di hadapan pemberita selepas keluar daripada dewan persidangan Sidang Kemuncak Kedua ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC), semalam.
Sebelum itu, Prabowo turut berkata, bahawa ASEAN perlu menjadi blok serantau yang lebih kuat dan bersatu dalam menghadapi ketidaktentuan situasi global yang berlaku ketika ini serta menggesa semua negara anggota agar memperkukuh kerjasama serantau.